Sunday, May 20, 2012

Resepi 64 : Ayam masak Merah Paprika


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari minggu ni ade buat apa2 tak?
Kalau yang dok umah tu,
try2 lah resepi yang ade kat dalam blog nih.
At least bolehlah isi mase lapang tu.


Okeylah, harini aku masak menu campak2.
Malas nak cari resepi yang rumit.
Lagipon bahan2 kat umah ni terhad nak buat masakan melayu.
So, gune jelah mana yang ada.
Nak buat menu ni sangatlah simple.
Mudah dan cepat! 


BAHAN BAHAN 
(2 orang)

1 mangkuk ayam -untuk 2 orang
3 sudu besar cili kering yang dikisar
1 biji paprika hijau - dipotong kasar
1 mangkuk kecil mix vegetables
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sos tiram
secubit belacan - optional
garam dan gula secukup rasa
hirisan timun - untuk hiasan

dikisar
1/4 biji bawang holland/besar
1 ulas bawang putih

CARA CARA

1. Didalam kuali berisi minyak, masukkan belacan,bahan kisar dan cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
2. Masukkan sos chili dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian, masukkan ayam.
3. Setelah ayam hampir masak, masukkan paprika hijau. Gaul sebati. Perasakan dengan garam dan gula. Kemudian, masukkan mix vege. Kacau sebati. Bila rasa sudah okey, matikan api dan hidang dengan hirisan timun.

ENJOY!



No comments: