Saturday, May 19, 2012

Resepi 63 : Red Velvet Cupcakes


Assalamualaikum wbt 
Salam Sejahtera

Mood kerajinan hari ni aku buat cupcakes.
bukan cupcake biasa.
Tapi, Red Velvet tuu.
hihi.


Since bahan2 pon dah tersedia kat umah ni,
senang lah kerje aku nak buat cupcakes ni.
Lagipon, semalam hari jadi senior plus kawan baek aku.
Dan dy pon 1 kos ngn aku.
Banyak gak lah yg dy dah tolong aku since aku 1st year kat sini.
So, aku buatlah cupcake ni as besdey present 
untk dy lah.
Hope suke lah dgn cupcake nih.
hihi


sumber resepi: joyofbaking

BAHAN BAHAN
(actually boleh dapat 12 biji. Tapi aku guna bekas yg besar. So, dpt 7 biji je)

red velvet cupcake
125g tepung kek (aku guna tepung superfine)
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
10g serbuk koko
60g butter (suhu bilik)
150g gula pasir (yg halus)
1 biji telur
1/2 sudu kecil vanilla extract
120ml buttermilk (kat bawah ade cara nak wat if xde kt market)
1sudu besar pewarna merah (liquid)
1/2 sudu kecil cuka jernih (white distilled vinegar)
1/2 sudu kecil baking soda

buttermilk (in case xde)
120ml susu segar
1 sudu kecil cuka jernih/jus lemon

cream cheese frosting
110g cream cheese
30g gula icing
80ml double cream/whipping cream
1/2 sudu kecil vanilla extract

CARA CARA

Panaskan oven 170c

buttermilk
1.Campurkan bahan2 tadi dan biarkan 5 minit. Kemudian, campurkan dengan pewarna merah. Ketepikan.

Cupcakes
1. Ayakkan tepung, garam, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Didalam mangkuk besar, masukkan butter dan putar sehingga lembut (1-2 minit). Kemudian, masukkan gula dan putar sehingga kembang (2-3 minit). 
3. Masukkan telur dan putar sebati. Kemudian masukkan vanilla extract. Pukul sebati.
4. Masukkan buttermilk+red color tadi berselang seli dengan bahan2 yang diayak. Pukul sehingga sebati. Jangan overbeat! Guna putaran yg minimum.
5. Didalam bekas kecil berisi cuka tadi, masukkan baking soda. Ianya akan berbuih serta merta dan hendaklah dimasukkan kedalam adunan cupcake dengan segera. Gaul guna spatula sehingga sebati.
6. Masukkan kedalam bekas cupcake. Bakar sehingga 25 minit atau sehingga masak.
7. Setelah selesai, biarkan sejuk sepenuhnya sebelum letak frosting diatas.

frosting
1. Pukul cream cheese sehingga lembut. Kemudian masukkan vanilla dan gula icing. Pukul sehingga sebati. Kemudian, masukkan whipping cream/double cream. Putarkan dengan kelajuan maximum sehingga frosting pekat dan likat. 
2. Bolehlah paipkan diatas cupcake ikut kreativiti masing2.

ENJOY!!


8 comments:

Asmara said...

fuyoo.. sedap nih! :D

i'mNOTmasterchef said...

sedap2. hihi. tp dh bagi kat besdey boy lah. :D hahaha

ciksuehaoi™ said...

nakkkkkkk.tapi aku malas buat.nak yg ko buatkannn.haha.

i'mNOTmasterchef said...

hahaha.. dtg yamagata meh. :D

JuRai said...

Kenape saye punye frosting cair erk? Ada tips tak?

A.B.M said...

jurai, kemungkinan terlebih pukul pada frosting. Ataupon, jika cair, tambahkan lagi non diary whipping cream supaya lebih senang dipaip. :)

JuRai said...

mungkin juga. apa pun thanks for the recipe..memang sedap.. hehe :)

huda said...

saya mmg suke amat red velvet ni, tp tiap kali buat topping msti xjadi, lembik xle nk pipe lgsg, tmbh gule pun same je...camne ye?