Thursday, May 17, 2012

Resepi 62 : Ayam masak Merah Kicap bersulam Petai


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Mood agak baik harini.
Agak rajin jugak nak memasak.


Sebenarnye ni menu campak2.
Tak sangka lak jadi hasinya nih.
Okeylah. Rasa sedap.
Walaupon maen2 dengan bahan yang ade kat dapur ni je.
hihi
Btw, sorry lah ye, nampak macam berminyak sikit.
Nanti lau korang masak, kurangkn minyak ye.
Tapi xpelah. lagipon yang aku guna ni minyak vege.
:D


BAHAN BAHAN ( 2 orang )

1 mangkuk ayam (agak2 nak makan utk 2 orang)
petai secukupnya
3 sudu besar cili kering - yang dikisar
4 sudu besar kicap manis (nak tambah lagi pon ok)
1 batang kayu manis
1 keping asam keping
1 sudu besar sos cili
1/2 biji bawang besar/holland - dihiris
garam dan gula secukup rasa
minyak

dikisar halus
1 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/4 biji bawang besar/holland

CARA CARA

1. Didalam minyak yang panas, masukkan kayu manis. Kalau dah naik bau, masukkan bahan kisar dan cili kering yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak. 
2. Masukkan ayam dan sos cili. Bila ayam dah hampir masak, masukkan kicap. Gaul sebati. Kemudian, perasakan dengan garam, gula dan hirisan bawang.
3. Masukkan asam keping dan petai. Bila rasa dah okey, matikan api dan siap!

ENJOY!

No comments: