Wednesday, May 16, 2012

Resepi 61 : Pratha Beef Potato Curry Puff


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni aku mengidam nak makan karipap.
Tapi, aku malas nak menguli.
Tersangat malas nak buat doh karipap.
So, inisiatif aku guna,
aku pakai pratha.


Alhamdulillah!
Menjadi! Seriously macam karipap betul!
Ni memang cara mudah lah.
Lagipon, resepi ni agak sihat jugak lah.
Sebabnya tak digoreng.
Tapi dibakar.
Percaya ke tidak, try lah buat!
hihi.
Sesuai utk minum petang or breakfast

Aku buat 4 ketul je.
Tapi, inti yang aku buat ni
ade lebih lagi.
So, kalau korang ikot resepi nih
korang boleh dapat dalam 10 ketul.
Lain kali aku buat lagi la prata karipap ni
guna lebihan inti tu.


BAHAN BAHAN

2 keping pratha segera (aku guna jenama KAWAN)
sedikit air - act as glue
1 biji telur- dipukul seketika (untuk gris)
minyak masak

inti
2 biji kentang - dipotong dadu kecil
3 sudu besar serbuk kari
1 batang kayu manis
150ml air
150g daging cincang
garam dan gula secukup rasa
1/2 bawang holland/besar - dipotong dadu
maggie cukup rasa - secukupnya

bahan kisar
1/2 biji bawang holland/besar
1 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil jintan manis

CARA CARA

inti
1. didalam kuali panas beserta minyak, masukkan kayu manis. Masak sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan kisar kedalam kuali. Masak sehingga garing.
2. Setelah itu, masukkan serbuk kari. Kacau sehingga agak bergumpal. Kemudian, masukkan daging cincang dan garam kedalam. Kacau sehingga daging agak masak. 
3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan kentang dan gula. Kacau sehingga agak kering. Kemudian, masukkan bawang holland/besar yg didadu kedalam. Kacau sehingga kering. Tutup api dan ketepikan.

penyediaan
1. Panaskan oven 180c.
2. Pratha segera hendaklah dipotong 2. Kemudian, masukkan inti secukupnya. Di sisi doh pratha hendaklah di gris dengan air. Kemudian, lipat dan lekatkan sisi pratha. Lipat ala2 bentuk samosa.
3. Kalau nak lebih kemas, ambil garfu, kemudian, tekan kan sekeliling sisi yg dilipat trsebut. Nampak sedikit seperti karipap. Lubangkan tengah2 karipap pratha tersebut untuk udara keluar ketika dibakar. Untuk elakkan daripada menggelembung yg terlampau.
4. Griskan keseluruhan prata karipap dengan telur. Letakkan didalam loyang yang dilapik cooking sheet supaya tak melekat. Bakar selama 25 minit atau sehingga keperangan.
Enak dimakan panas2!

*lebihan inti bolehlah disimpan dan buat lagi menu ini dilain hari*

ENJOY!



No comments: