Tuesday, May 15, 2012

Resepi 60 : Coconut Shortbread


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

First time buat shortbread.
Memang sedap.
Bahan2 mudah.
Sesuai dimakan time minum petang.


Actually aku amik resepi ni dari channel Sorted
kat youtube.
Cara dyorng buat makanan memang sempoi habis!
Macam tengok dyorng main2 pon ade gak.
Tapi hasil nye memang nampak sedap!

Biaselah, aku ni memang suke ubah resepi suke hati.
Asalnye dyorng buat lemon shortbread.
Tapi aku ubah jadi coconut shortbread.
Alhamdulillah menjadi dan sedap!


BAHAN BAHAN

150g tepung gandum
75g tepung jagung
15g serbuk santan (pastikan serbuk ye)
50g kelapa parut (diperah sikit santannya sbb taknak adunan basah)
75g gula halus
185g butter (suhu bilik)
chocolate yg dicairkan untuk topping

CARA CARA

Panaskan oven 170c.

1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk santan, kelapa parut didalam 1 bekas. gaul sebati.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan gula dan butter. Pukul sehingga butter pucat (kembang).
3. Masukkan bahan (1) kedalam bahan (2). Gaul sebati sehingga menjadi seperti doh. 
4. Didalam loyang sgi empat yang dilapik dengan cooking sheet (pastikan dilebihkan untuk senang dikeluarkan nanti), masukkan adunan doh tadi. Leperkan adunan lebih kurang ketebalan 0.5 inci. Ambil garfu, dan cucukkan adunan dalam loyang tersebut supaya udara keluar semasa dimasak dalam oven.
5. Masak dalam oven selama 20-25 minit atau sehingga permukaan adunan keperangan sedikit. Sejukkan sepenuhnya dahulu sebelum dipotong. Kalau tidak nanti shortbread akan hancur. Setelah dipotong, bolehlah dihias dengan coklat diatasnya.

ENJOY!

2 comments:

mummy Ayda said...

Girl.... sedap betoi recepi u ni, mummy copy ye nak buat..... nanti dah siap, mummy wil report kat U
Big BIg thanks

i'mNOTmasterchef said...

ur welcome mummy! :)