Resepi 59 : Murtabak Maggie Menu Kenangan


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni buat menu mudah je.
Sebab banyak assignment nk kene wat.
Maklumlah. Nama pon pelajar kan.
Makan pon kadang2 kene yang fast and simple.


Sebenarnye menu hari ni banyak gak kenangan.
Kalau kat sekolah aku dulu,
if ade program yg ade jual2,
mesti akan ade menu nih.
Peh! terkenang lah pulak
time blaja kat sekolah dulu.

Okeylah, malas nak membebel banyak2.
terus kepada bahan2 ape yg aku guna.


BAHAN BAHAN ( 1 orang )

1 bungkus maggie kari
1 biji telur
bawang holland/besar dipotong dadu- secukupnya
hirisan sayur kobis -secukupnya
sos kegemaran
parmesan cheese

CARA CARA

1. Rendamkan maggie didalam air panas sehingga lembut. Jangan patahkan maggie!
2. Didalam mangkuk, masukkn telur, serbuk kari yg ade dalam bungkusan, bawang holland dan kobis. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan maggie dan gaul sebati. 
4. Didalam pan yg panas berserta sedikit minyak, masukkan maggie tersebut. Leperkan dan buatkan bentuk maggie tu seperti bulat. Goreng kedua2 belah maggie. Setelah selesai angkat dan hidang bersama sos dan parmesan cheese.

ENJOY!

Comments

Anonymous said…
Sodap menjilat jari.... sempoi je :)
nak request malu.... hmmm tapi kalau ada masa relek2s lepas study, boleh ke tunjuk wat sata ikan terengganu /otak2 muar style perantau ;)
thanks ye....

Popular Posts