Sunday, May 13, 2012

Resepi 58 : Nasi Kerabu ala Perantau


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Wah2! Bukan main lagi entry hari ni.
Tadi dah post pasal kek
Kali ni pasal menu makan tengah hari.
Nasi Kerabu beb!
Tapi hasil tangan orang johor.
hihi
Resepi ni aku dapat dari kak as.
Kak as sebenarnya duduk dekat je ngn tempat aku nih.
:D


Rasa memang boleh tahan.
For the first time buat bende alah ni.
Memang menyelerakan.
Maklumlah hari ni pon hari minggu.
Rajin sikit lah nak buat menu ni.
Sebenarnya menu ni mudah saje.
Cuma ade banyak element yang perlu ade
untuk lengkapkan nasi kerabu nih.
Maklumlah duduk pon kat perantau.
Bahan pon guna mana ade jelah.
hihi

BAHAN BAHAN (3-4 orang makan)

nasi
3 pot beras
1 sudu kecil pewarna kuning (xde warna biru)
3 helai daun limau purut
secubit garam


sambal ikan
1 1/2 cawan hampas kelapa
1 ekor ikan kembung (dibuang tulang)
1/2 biji bawang holland/besar - dipotong dadu
secubit garam dan gula

sambal budu
7 biji lada kering*
1/2 biji bawang besar/holland*
1 inci halia*
1 sudu kecil kunyit serbuk*
2 batang serai*
200ml santan pekat (aku guna 1 kotak santan jenama KARA)
2 sudu besar budu
gula secukup rasa (xpyh letak garam sbb budu da masin)
minyak


ulam dan lain2
keropok ikan
kobis
taugeh
kacang panjang
timun
ayam goreng tepung

(lupe nak letak gamba keropok. hihi)

CARA CARA

nasi
1. Basuh beras. Kemudian letakkan daun limau purut. Ukur paras air macam masak nasi biasa. Kemudian, masukkan garam dan pewarna. Kacau sekejap. Masak nasi seperti biasa.

Sambal ikan
1. Hampas kelapa itu hendaklah digoreng seketika sehingga ade keperangan.
2. Ikan kembung hendaklah direbus. Kemudian, kisar di food processor ataupon ditumbuk sehingga lumat.
3. Gaulkan kelapa dan ikan. Kemudian masukkan juga bawang holland dan perasakan dengan garam dan gula.

sambal budu
1. Bahan bertanda (*) hendaklah di kisar halus. 
2. Kemudian, tumiskan bahan dikisar tadi sehingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan santan, budu dan gula. kacau sehingga sambal jadi pekat. Jika rasa sudah okey, matikan api.

Bolehlah dimakan bersama ulam2 dan bahan2 lain tadi!
Gerenti sedap! 

ENJOY!


No comments: