Sunday, May 13, 2012

Resepi 57 : Strawberry Chiffon Cake


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Dah lama tak update
sorry lah ye. hihi

Cuaca kat sini sgt tak menentu
Sekarang dah masuk spring.
Suhu minggu lepas dah cecah 25c.
Tapi semalam dan kelmarin.
suhu dah turun balik ke 13c.
13c tu suhu paling tinggi untuk semalam.

Bumi sekarng ni pon dah tak berapa sihat.
Sgt takot je bile dah musim panas nanti,
suhu meningkat mendadak.
ottokhe!

Dikesempatan ni juga
nak ucapkan SELAMAT HARI IBU
buat ibu2 di luar sana
especially kat my mom!
Saliah binti Hj Hassan
I LOVE U MOM!


okeylah, kite lupekan sekejap pasal cuaca.
Hari ni aku buat kek chiffon je.
Terasa nak makan kek yang lembut2
tapi senang nak buat.
Sebelum ni, pernah la buat pandan chiffon,
tapi kali ni, berasaskan resepi dari situ,
aku ubah perasa dy dengan strawberry.
So, disebabkan aku mls nak tulis 2 kali,
aku kopipes jelah dengan resepi yg sebelum ni.
Cuma ubah sikit2 je.


BAHAN BAHAN

bahan A (diayak 3 kali)
150g tepung kek superfine (tepung gandum pon xpe)  
1 sudu kecil baking soda

bahan B
4 biji kuning telur
70g gula kastor
secubit garam

bahan C
85ml minyak jagung (aku guna minyak sayuran)
2 sudu kecil perasa strawberry 
1 1/2 sudu kecil warna merah/pink 
110ml susu segar

bahan D
4 biji putih telur
70g gula halus
1/2 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil jus lemon -aku ganti nih

CARA CARA

Panaskan oven 170c.

1.Didalam mangkuk besar, putarkan bahan B sehingga kembang. Kemudian, masukkan minyak dan teruskan putar sehingga sebati dan kembang. 
2. Masukkan perasa strawberry, warna merah/pink dan susu segar. Putar sehingga sebati. 
3.  Gunakan spatula, masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Kacau dengan kaedah kaup balik.  Kacau sebati. Jangan terlalu lama mengacau.
4. Untuk bahan D, gunakan mangkuk lain yang bersih. Putarkan putih telur dengan kelajuan maksima sehingga berbuih. Masukkan jus lemon dan putarkan. Kemudian, masukkan gula dan putar sehingga kembang dan kental (soft peak). Kalau terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.
5. Masukkan separuh adunan putih telur kedalam adunan pandan tadi. Gunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
6. Kemudian, masukkan adunan (5) tadi kedalam separuh lagi adunan putih. Dengan kaedah yang sama, kacau sehingga sebati.
7. Masukkan kedalam loyang dan bakar sehingga 40-45 minit. 
8. Sejukkan dengan kaedah menelangkupkan loyang chiffon supaya kek tak mendap kot. Setelah itu, bolehlah dihidang. 

ENJOY!

No comments: