Wednesday, May 9, 2012

Resepi 55 : Sambal Telur Petai Berlauk


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Sambal Petai?!
Peh! mmg terbaik!
Rindu giler nak makan petai nih.
hihi


Buat rakan2 yang ade kat jepun nih,
Lau nak beli petai, pi kat baticrom (online halal shop)
pastu search "pete"
Tapi takdelah bnyk pon. 
just boleh buat 2 kali resepi nih je.
Thanks  kak as sbb bgtwu ade jual petai.
hihi
Tapi, siyesly sedap!
Teringat kat malaysia.
T.T

Aku dapat resepi nih kat sini
Tapi, aku tambah la filling dia
ikot suke ati aku je
haha


BAHAN BAHAN (2 orang)

1 cawan santan pekat
 1 mangkuk kecil ikan bilis (ikut suka)
1 ulas bawang putih - dihiris
1/2 biji bawang holland / besar - dihiris
2 sudu besar chili kering yg dikisar (tambah jika rasa sikit)
1 sudu besar sos chili (tambah jika rasa sikit)
2 biji telur - yg digoreng
petai - ikot suka bape banyak
secubit garam 
secubit maggie cukup rasa (lau xde xpe)
2 ketul fishcake - dipotong dadu
1 paket isi ketam (dlm 10 btg) 
Minyak untuk menumis
1/2 keping asam keping

CARA CARA

1. Didalam kuali panas berisi minyak, goreng ikan bilis (jgn terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
2. Guna minyak yg sama (kalau sikit tambah lg), masukkan bawang holland/besar dan bwng putih. Settelah naik bau, masukkan chili kering. Tumis sehingga garing. Setelah itu, masukkan ikan bilis td dan sos chili.
3. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati. Setelah itu, masukkan petai, fishcake dan asam keping. Setelah agak mendidih, masukkan telur yg dah digoreng dan isi ketam. Perasakan dengan garam dan maggie cukup rasa.
4. Jika dah okey, tutup api dan siap dihidang!

ENJOY!


1 comment:

Cik Sara said...

wohoooo... bolehlah beli pete dekat baticrom nanti. teringin nak makan sambal tumis petai ni.. huhuhu