Tuesday, May 8, 2012

resepi 54 : Kek Alunan Citrus Berkasih Lemon


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Amboi! Kemain lagi nama kek nih.
Berkasih bagai. haha
Actually aku dapat idea daripada kek Alunan Kasih
So, dengan sesuka hati aku,
aku ubah la resepi ni sikit2
bubuh lah perasa lemon kat dalam tuh.


aku rujuk resepi plain paun.
Tpi, resepi ni guna loyang kek paun yg kecik.
Aku guna yang besar sikit.
Sebab tu ade perubahan dari segi berat.


BAHAN BAHAN

150g tepung kek 
1/2 sudu kecil baking powder -diayak bersama tepung
140g gula halus
150g butter
2 biji putih telur
2 biji kuning telur
1 sudu kecil golden syrup / madu
1 sudu kecil vanilla extract
1/2 biji jus lemon
1 sudu kecil parutan kulit lemon
2 sudu besar serbuk koko
pewarna kuning dan hijau

CARA CARA

Panaskan oven 170c.

1. Didalam mangkuk, putarkan separuh gula dan butter sehingga kembang dan pucat. Kemudia, masukkan 1 per 1 kuning telur. Putar sebati
2. Masukkan golden syrup.kulit lemon dan vanilla. Putar sebati. 
3.Masukkan tepung sikit demi sikit berselang seli dengan jus lemon. putarkan sebati.
4. Didalam mangkuk lain, putarkan putih telur dan separuh lagi gula. Putar sehingga kental (soft peak). Masukkan putih telur kedalam adunan kek. Gaul dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
5. Asingkan 1/3 daripada adunan kedalam mangkuk lain. Adunan yg sikit letak warna hijau. Dan yang banyak letak warna kuning. Gaul warna sebati.
6. Didalam loyang, griskan dan letakan adunan bewarna hijau. Kemudian, taburkan serbuk koko diatasnya. Setelah itu, masukkan pula adunan warna kuning. Ratakan dan bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Enak juga dihidang bersama Lemon Curd

ENJOY!

No comments: