Sunday, May 6, 2012

Resepi 50 : Chocolate Blueberry Shortcake


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Wah! Rindu nak menaip kat blog nih.
Sori ye. hari tu gi jejalan ngn kwn2.
hihi

Okeylah, hari ni adelah resepi tertunda.
Aku dah buat kek nih sebelum aku pi jejalan aritu.
Maklumlah busy sikit.
Tak sempat nak mengupdate.
hihi.
Actually, kek ni untuk sambut besdey kawan aku.
so, buat lah kek yang tak seberapa nih.

Resepi nih sebenarnye aku alter dari resepi
strawberry shortcake aku dulu.
Cuma aku tukat sikit2.
Aku pon malas nak taip 2 kali.
So, aku copy paste jelah ngn resepi yg lepas.
Cuma aku tambahlah ape yg aku letak kat dalam
kek nih.


BAHAN BAHAN

untuk sponge cake (18cm)
2 biji telur - disuhu bilik
60g gula halus
60g tepung kek/gandum (aku guna tepung superfine) - diayak
20g butter - dicairkan
2 sudu kecil chocolate emulco / serbuk koko

untuk syrup
20ml air panas
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil coklat emulco (optional)

untuk hiasan dan filling
Blueberry segar
300ml whipping cream/fresh cream *
1 1/2 sudu kecil gula*
1 sudu kecil vanilla extract*
Blueberry Jam (secukupnya)

CARA CARA

Panaskan oven 170c.

untuk sponge cake.
1. Whisk kan telur seketika didalam mangkuk besi. Kemudian, masukkan gula dan diletakkan mangkuk besi tersebut dibawahnya air panas. Sambil itu whisk kan sehingga gula larut. Apabila suhu telur tersebut agak panas (mcm suhu badan), angkat dan putarkan guna electric whisk sehingga gebu dan kembang.
2. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. (aku bahagikan 3 bahagian). Gunakan wire whisk tadi dan kacau berhati2. Jangan terlalu kuat mengacau. 
4. Gunakan spatula, masukkan butter dan coklat emulco sedikit demi sedikit dan kacau dengan cara kaup balik. Kacau jangan terlalu kuat. Perlahan sahaja.
5. Letakkan adunan didalam loyang. Kemudian, hentakkan sedikit loyang tersebut untuk mengerluarkan udara didalam adunan.
6. Bakar dalam masa 25 minit atau sehingga masak. 
7. Setelah masak, sejukkan seketika. Kemudian, wrap kan kek tadi dan simpan didalam peti ais selama lebih kurang 2 jam atau sehingga kek mudah dipotong. (aku simpan semalaman. Mmg senang nak potong utk bahagikan 2 bahagian)

untuk syrup.
1. Masukkan semua bahan dan kacau. Biarkan.

untuk cream.
1.  Masukkn semua bahan bertanda (*). Putarkan dengan kelajuan maksimum sehingga kental dan brtanduk. 

Penyediaan
1. Potongkan kek 2 bahagian dan sapukan bahagian yang dipotong dengan syrup.

2. Ikut tururan berikut untuk men'sandwich'kan kek :

Lapisan kek yang disapu syrup ---> cream ---> Blueberry jam---> lapisan kek kedua ---> cream untuk cover keseluruhan kek. 
4. Lebihan blueberry jam boleh dibuat hiasan. Pastu, bolehlan decorate ngan blueberry segar.
5. Sebelum dipotong, letakkan didalam peti ais untuk di'set'.

ENJOY!

No comments: