Tuesday, May 1, 2012

Resepi 48 : Kek Horlicks


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Harini cuti. Kelas pon takde.
So, aku ni ala2 sambut cuti buruh kat Malaysia jugaklah
hihi

Okeylah. Hari ni Resepi mudah.
Aku alter2 dari resepi Mat Gebu.
Sebab ade barang yg aku tak ade.
terus ubah.
Sorry ye che mat.
terderhaka sekali lagi.
HAHAHA


BAHAN BAHAN

200g tepung kek - diayak (aku guna tepung superfine)
1 sudu kecil baking soda - diayak bersama tepung
150g gula halus (lau nk kurang manis, buat 135g je)
50g horlicks (mgkin kne bnyk sikit bru betul2 rasa)
50ml susu segar
50g mentega
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu besar serbuk koko

CARA CARA

Panaskan oven 180c.
1. Didalam mangkuk, putarkan gula dan mentega sehingga berkrim dan pucat. Kemudian, masukkan telur satu persatu. Putar sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla dan horlicks. Putar sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda berselang seli dengan susu segar. Putar sebati.
4. Asingkan sedikit adunan untuk buat adunan coklat diatasnya. Masukkan serbok koko sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan kuning tadi dahulu. Ratakan diatas loyang brownie. Kemudian, letakkan adunan coklat. Bolehlah decorate ikot desire masing2.
6. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Hiaslah dengan gula icing.

ENJOY!



No comments: