Salam Kemaafan kepada Mat Gebu


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Pertama sekali, entry kali ni bukan pasal resepi.
Tapi ucapan kemaafan yang luhur dari hati ini
kepada Mat Gebu.

Bukan apa, entry terbaru beliau berkisahkan
tentang blogger2 yang sewenang2 nya
mengambil hak cipta blognye tanpa kebenaran.
Agak tegas lah teguran dari chef mat gebu kita tuh

Aku pon serba sedikit ade terasa jugalah
Bak kata pepatah melayu
sapa makan cili, rasa lah pedasnya.
Sebabnya, bila aku check entry2 yang sebelumnya
ade lah resepi yg aku terlupa nak backlink blog chef mat gebu tuh.
Adelah beberapa entry tu.
Dari hujung rambut sampai hujung kaki,
nak mintak maaf kepada mat gebu.
Memang tak perasan sangat2.
Selepas ni, akan lebih berhati2 sebelum tulis entry

Yelah, aku dah anggap mat gebu nih macam sifu aku.
Beliau nye resepi mudah diikut.
Pastu, dgn gamba2 yg menarik.
Siapa yg tgk, boleh lapar time tu jugaklah
haha
Lagi sekali, mintak maaf bnyk2.

Yelah, usia blog ni pon baru je 4 bulan camtu.
So, tak tahu lagi cara yang sebenar tulis blog ni.
Lagi2 blog masakan.
Sebab bukan semua resepi datang dlm kepala otak kita kan.
Mesti ade sumber2 rujukan yang kita tgk.

Tapi, aku pon dah edit balik post2 yang lepas.
Dan dah pon ade backlink kepada
blog2 yang aku ikot.
Khususnya blog Mat gebu.

Salam Persahabatan dari sy
kepada semua blogger2,
Khususnya kepada blogger2 masakan.
>peace<

Comments

Popular Posts