Saturday, April 28, 2012

Resepi 46 : Ikan Percik ala Kelantan.... ke?


Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

Makan malam hrini dah masak belum?
Sesape yang belum masak tu, 
jom la try resepi nih.
Aku terbuat sedikit pedas tadi sedaplah.
Aku amik resepi nih dari Che Mat Gebu.
Mat gebu buat cara kering,
Tapi aku buat style basah.
Sebabnya aku guna 1 ekor ikan je tapi guna jumlah bahan yang mat gebu guna.
Sebab tu macam basah sikit.
Tapi mat gebu buat lagi nampak sedap lah.
memang kene perbaiki lagi nih.
T.T

okeylah, jom tgk bahan ape yg digunakan.


BAHAN BAHAN

3 ekor ikan kembung - (aku guna 1 ekor je tapi ikan ape ntah. hihi)
sedikit sebuk kunyit dan garam
1 cawan santan
1 keping asam keping
garam dan gula secukupnya
sedikit maggie cukup rasa - aku tambah
1 sudu kecil tepung jagung + sedikit air

yang ditumbuk halus
1 biji bawang besar - aku guna 1/2 biji bawang holland
1 ulas bawang putih
1/2 inchi halia
secubit belacan
1/2 inchi lengkuas - tak letak sebab takde
15 biji cili padi - aku letak 14 biji
1 batang serai dihiris halus

CARA CARA

1. Ikan disiang dan dicuci bersih. Kemudian kelar sedikit. Perapkan sekejap dengan kunyit dan garam.
2. Untuk sos, didalam kuali panas dengan minyak, masukkan bahan yang ditumbuk,asam keping dan santan. Gaul sebati.
3. Kemudian, masukkan garam dan gula. Gaul. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Masak sehingga pekat. Ketepikan.
4. Untuk ikan, panggangkan separuh masak. Kemudian, lumurkan sos percik tadi. Masak lagi sehingga ikan masak sempurna. Lebihan sos percik boleh disimpan (kalau guna 1 ekor ikan lah)
Siap!

ENJOY!


2 comments:

Mat Gebu said...

Salam hujung minggu....wahh, sedap nihh.... ^__*

i'mNOTmasterchef said...

Salam hujung minggu jugak!
Cik mat buat lagi meletupz. hihi