Saturday, April 28, 2012

Resepi 45 : Banana Strawberry Muffins


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Buat apa cuti hujung minggu nih?
Kalau tak duduk rumah,
mestilah pegi jalan2 kan.
Untuk sesape yang keboringan kat umah tu,
trylah resepi simple mimple nih.
Lau kat malaysia mmg susah nak cari stoberi kan.
So, Korang gunalah kretiviti just skip the ingredient
pastu jadilah banana muffin.
haha


Resepi ni aku dapat kat JoyOfBaking
Lagipon, buat muffin ni lagi mudah
daripada nak buat kek bagai.
Yelah, pukul telur pon x payah sampai kembang.
Guna whisk manual ja.
Pastu, lau nak campurkan bahan tu,
just guna spatula je.
Simple kan?
apa lagi, cepat kedapur dan buat!
haha
Tapi, aku adelah tambah sos strawberry sikit dalam ni.
Lebihan buat Panna Cotta haritu.



BAHAN BAHAN

1 cawan pisang ranum - dilecek (dlm 2 biji)
300g tepung gandum
2 biji telur - dipukul seketika
200g strawberry - dipotong dadu
1 sudu kecil vanilla extract 
160 g gula perang
1 1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil serbuk kayu manis (lau suka letaklah)
113g butter - dicairkan
secubit garam - in case butter yang digunakan unsalted
2 sudu besar sos strawberry - resepi disini

CARA CARA

Panaskan oven 180c.
1. Didalam mangkuk, masukkan telur, pisang dan vanilla. Whisk kan sebati. Kemudian masukkan butter dan sos strawberry. Whiskan sebati juga. Ketepikan.
2. Didalam mangkuk yang lain, masukkan tepung, baking power dan soda, serbuk kayu manis, gula perang, garam,dan strawberry. Gaul guna spatula sehingga sebati. Kemudian, buatkan lubang ditengah2 dan masukkan bahan (1) tadi. Guna spatula dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama.
3. Kemudian, sudukan adunan kedalam cawan muffin. Bakar sehingga 20-25 minit. 
4. Sejukkan seketika sebelum dihidang.

ENJOY!

No comments: