Resepi 44 : Lasagna 'shortcut'


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih bnyk2
kat Che Mat Gebu sebab letak link blog ni
kat blog dy.
Traffic blog ni pon semakin meningkat.
Tengs bnyk2

Menu hari ni pon aku rujuk
resepi dari Mat Gebu.
Tapi, ade perubahan sikit2
ikot bahan ape yang ade.
Sorry ye cik mat.
Terderhaka sikit.
hihi

Kenapa 'shortcut'?
Sebabnya aku guna sos yang dah siap.
Tapi tanpa daging lah.
Sos yg just ade tomato puree, garlic, halia, oregano.
Filling tu sendiri lah.
Lagi jimat masa la kan.
Tapi kalau tak ada,
boleh ikot bahan2 yg Mat Gebu guna


BAHAN BAHAN

lasagna
8 keping lasagna
secubit garam
sedikit olive oil
air untuk rebus

untuk Red Sauce
400g sos pasta
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar rempah kari daging
1 genggam cendawan (tak guna cendawan butang)
1 mangkuk kecil sayur campur (lobak, kacang pis dsb)
2 batang sosej
450g daging cincang
secubit garam dan gula
sedikit olive oil

untuk White Sauce
500ml susu segar
2 1/2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil lada hitam
secubit garam

bahan lain
hirisan cheese secukupnya

CARA CARA

Lasagna
1. Didalam periuk, panaskan air dan masukkan garam, olive oil. Apabila air mendidih, masukkan lasagna. Masak sehingga lembut.
2. Didalam dulang, sapukan olive oil sedikit dan letakkan lasagna supaya sejuk seketika.

untuk Red Sauce
1. Didalam kuali, masukkan olive oil. Dan masukkan bawang dan masak sehingga naik bau. Masukkan pula sos pasta. Selepas itu, masukkan lada hitam dan kari.
2. Kemudian masukkan daging dan sosej. Masak sehingga daging  agak masak. Kemudian, masukkan sayur campur dan cendawan.
3. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga sos pekat dan tidak terlalu basah.
4. Angkat dan ketepikan.

untuk White Sauce
1. Didalam saucepan, masukkan susu dan tepung. Whisk sehingga sebati. Kemudian, perasakan dengan lada hitam dan garam. Kacau sehingga pekat. Matikan api dan ketepikan
PASTIKAN GUNA API YANG KECIL.

Penyediaan.
Di dalam loyang ikut turutan seperti berikut:
2 keping lasagna ---> white sauce ---> red sauce ---> cheese
ulang sehingga lapisan keempat.
(aku guna 2 keping sebab lasagna pendek)
untuk lapisan atas sekali juga diakhirkan dengan cheese.

Panaskan oven 170c dan bakar dalam masa 30-35 minit

Sejukkan seketika sebelum dihidang.

ENJOY!


Comments

Popular Posts