Thursday, April 26, 2012

Resepi 43 : Pineapple Upside Down Cake with Pineapple Sauce


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah lama dah tak update pasal cake.
Takde idea nak masak cake ape.
Mulelah nak menerjah dalam peti ais ade harte karun ape dalam tu.
Scan punya scan, adelah 1/2 biji lagi buah nanas.
(Nanas ke Nenas? hihi)
Terus search resepi nih.

Kali ni aku ikot resepi kat joyofbaking
Dulu selalu jugak follow blog video nih,
Tapi skrng dah jarang sebab dah terpengaruh dgn
Laura Vitale. hihi

Resepi ni actually takde sos.
Tapi aku rekalah sendiri.
Lagipon aku rase kek ni agak manis,
so, aku buat sos yg masam sikitlah.
Sebabnye, aku nye nanas tu xdelh manis sgt.
So, balance lah tahap kemanisan nye tuh
Resepi asal buat dlm bekas 9 inci.
Tapi aku guna 8 inci.
So, adelah perubahan dari segi berat.



BAHAN BAHAN

untuk topping
40g butter
130 g gula perang
Hirisan nanas untuk letak kat bottom tin
(ikot suka lah nk letak berapa)
1/2 biji strawberry untuk centre

untuk kek
180g tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
secubit garam
100g butter
160g gula halus
1 sudu kecil vanilla essence
1 sudu kecil perasa nanas (optional)
2 biji telur (diasingkn kuning dan putih)
100ml susu segar
1 sudu kecil lemon jus/cream of tartar

untuk pineapple sauce
200g nanas
1 sudu besar gula (bole tambah ikot citarasa)
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
(bole juga guna cornstarch)

CARA CARA

Panaskan oven 170c

untuk topping
1. Didalam  saucepan, masukkan gula perang dan butter. Didalam api kecil, kacau sehingga gula mencair. Apabila terdapat buih2 disekeliling saucepan, padamkan api dan tuang kedalam loyang 8inci.
2. Kemudian, bolehlah susun nanas ikot desire masing2. Biarkan ketepi.

untuk kek
1. Ayakkan tepung, baking powder dan garam bersama. Ketepikan.
2. Didalam mangkuk, masukkan gula dan majerin. Putarkan sehingga butter berubah menjadi pucat (kembang). Kemudian, masukkan kuning telur satu persatu. Putar sehingga sebati.
3. Masukkan vanilla dan perasa nanas. Putar sebati. 
4. Masukkan ayakkan tepung tadi berselang seli dengan susu. Turutannya, TEPUNG --> SUSU --> TEPUNG --> SUSU --> TEPUNG. Putar sehingga sebati. Ketepikan.
5. Didalam mangkuk yang lain, masukkan putih telur dan lemon jus/cream of tartar. Putarkan putih telur sehingga bertanduk (soft peak). Kemudian, masukkan putih telur tadi kedalam adunan tepung. Jangan masukkan semua terus! Masukkan 1/2 putih telur dahulu. 
6. Tuang kedalam loyang tadi dan bakar sehingga 50-55 minit atau sehingga masak. Ikot oven jugaklah.

untuk pineapple sauce
1. Kisarkan halus nanas tadi didalam blender/food processor bersama2 dengan gula. 
2. Didalam saucepan masukkan nanas kisar tadi dan masak dengan api yg kecil sehingga terdapat buih2 disekeliling saucepan.
3. Masukkan tepung jagung/cornstarch yg dibancuh dgn air tadi kedalam saucepan. Kacau sehingga pekat.
4. Tapiskan dan biarkan sejuk sebelum dihidang.

Mudah kan! ENJOY!

No comments: