Wednesday, April 25, 2012

Resepi 42 : Kuey Teow Goreng "chinchai"


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Menu malam ni aku just makan mee je.
Malas lah nak tunggu nasi masak
plus aku nye ayam kat fridge pon dah abes.
huhu

Nasib baek la tadi mase pegi kedai ade jual mee kuey teow nih.
Terus beli utk buat menu malam nih.
hihi
Kuey teow nih pon versi cincai je.
Tapi ade rasa!
Lau korang nak letak ape2 bahan utk filling dlm nih pon boleh.
Its up to you
ikot selere lah
Bahan2 yg aku akan tulis nanti bahan2 yg aku gune je
hihi


BAHAN BAHAN

400g kuey teow (dileraikan)
100g udang (dibuang kulit)
3 batang sosej (sebab xde ayam -.-")
1 cekak daun kuchai (lau suke letaklah)
50g taugeh
1 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 biji bawang besar (dimayang)
2 biji telur
2 sudu besar chili kisar
1 genggam cendawan
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos chili
sedikit Maggie cukup rasa
sedikit minyak
sedikit air

CARA CARA

1. Didalam kuali, panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Apabila naik bau, masukkan chili kisar.
2. Apabila dah pecah minyak, masukkan sosej dan udang. Kacau sehingga udang hampir masak. Kemudian, masukkan telur dan kacau sebati. Kalau agak kering, masukkan sedikit air.
3. Masukkan sos tiram, sos chili dan kicap. Gaul sebati. Kemudian, masukkan daun kuchai, taugeh dan cendawan.
4. Perasakan dengan sedikit maggie cukup rasa. Takperlu letak garam sebab sos tiram dah masin.
5. Masukkan Kuey Teow dan gaul sebati sehingga mesra. Jangan sampai hancur pulak ye! hihi
Siap dihidang!
(aku hidang dengan sambal tumis lebihan nasi lemak hihihi)

ENJOY!


No comments: