Wednesday, April 25, 2012

Resepi 41 : Panna Cotta with Strawberry Sauce



Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Menu hari ini berkisahkan Italian Dessert.
Memang menarik dan jugak SEDAP!!
Sesiape yang dah ade bahan,
dan ade kelapangan, buatlah!
Gerenti Puas hati! 

Sebenarnya aku dapat resepi nih daripada
Aku memang dah subscribe channel dye kat youtube.
Cara dye masak memang simple
dan mudah la nak ikot.
Tapi, untuk resepi nih,
ade gak la bahan yang dye guna tu aku tak guna.
Bukannya apa, kat sini xde jual bahan tu.
So, dengan rasa suke hatinye aku ubah sikit2 resepi tu.
Tapi. tetap sedap! 
yummy!
Kalau letak perasa kat dalam panna cotta pon boleh!


BAHAN BAHAN

Panna Cotta
7g unflavored gelatin halal
2 sudu besar air
350 ml whipping cream / heavy cream
1 sudu teh vanilla essence
1/2 sudu teh kulit lemon yang diparut (halus)
2 sudu besar gula (boleh tambah ikot citarasa)
daun mint (untuk hiasan)

Strawberry Sauce
300g strawberry segar
1 sudu besar gula (boleh tambah lg lau strawberry tu masam)
1 sudu teh jus lemon
(kalau strawberry dah masam, tak payah letak pon takpe)
1/2 sudu teh tepung jagung / cornstarch
(dibancuh dengan sedikit air)

CARA CARA

Panna Cotta
1. Didalam mangkuk kecil, tuangkan air dan gelatin. Ketepikan biarkan gelatin lembut.
2. Didalam saucepan. masukkan whipping cream / Heavy cream, gula dan kult lemon. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan bahan2 tersebut sehingga terdapat buih2 disekeliling saucepan. Jangan terlalu mendidih.
3. Padamkan api. Kemudian, masukkan vanilla. Pastu, masukkan gelatin yang lembut tersebut kedalam saucepan. Gaulkan adunan sehingga gelatin tadi larut. Tapiskan adunan tersebut.
4. Tuang adunan kedalam bekas ramekin. Aku guna saiz sederhana dan dapat 3 bahagian. Sejukkan didalam peti ais paling kurang 4 jam dan seeloknya semalaman.

Strawberry Sauce
1. Basuhkan strawberry dan buangkan daunnya. Letakkan strawberry didalam food processor/blender. Masukkan juga gula, jus lemon**. Kisar sehingga halus menjadi puree. Rasa sedikit, kalau masih terlebih masam, tambahkan gula lagi.
2. Didalam saucepan, masukkan strawberry puree dan masak dalam api yg kecil sehingga terdapat buih2 disekeliling saucepan. Kemudian masukkan tepung jagung/cornstarch. Kacau sehingga pekat.
3. Tapiskan untuk mengasingkan biji2 strawberry. Ketepikan sehingga sejuk.

Bolehlah dihidang!
p/s : Jika nak tahu trick macam mana nak keluarkan panna cotta dri ramekin, tengoklah video dari Laura Vitale

ENJOY!

2 comments:

faa.rosli said...

done my version of Panna Cotta using your recipe! its ohhsemm! sedap sedap sedap!

faa.rosli said...

opss...lupa nak tinggal link..hehehe...jemput singgah tengok panna cotta ku yang comot momot.

http://faafeefoo.blogspot.com/2013/01/blueberry-lime-panna-cotta.html