Tuesday, April 24, 2012

Resepi 40 : Peach Mousse


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Sebenarnye aku dah lama nak buat menu nih.
Tapi menu ni ade guna gelatin.
Kat jepun ni semua gelatin haram dimakan.
So, terpakselah aku postpone nak buat menu nih.

Tapi, aritu aku balik malaysia, 
aku dah beli siap2 gelatin halal.
So, impian aku jadi kenyataan! 
haha!
Dapat jugak buat bende alah ni.
Yummy! Segar je.


BAHAN BAHAN

1 tin buah Peach (aku guna white peach) (250g)
100ml air panas
10g gelatin halal
200g whipping cream
3 sudu besar gula (boleh tambah kalau rasa masih tawar)
1 sudu teh jus lemon
sedikit pewarna kuning just for coloring
raisins untuk tabur

CARA CARA

1. Didalam food processor/blender, masukkan syrup peach dengan buahnya skali. (Asingkan 1/2 buah peach tesebut untuk hiasan). Masukkan juga gula dan whipping cream. Kisar sehingga sebati. Masukkan sekali pewarna kuning.
2. Didalam mangkuk berisi air panas, masukkan gelatin dan kacau sehingga larut. Masukkan gelatin bersama jus lemon. Gaul sebati.
3. Bolehlah diletakkan didalam cawan yang sesuai dan disejukkan didalam peti ais paling kurang 3 jam.
4. Bolehlah hias dengan hirisan peach dan raisin diatasnya sebelum dimakan. 

ENJOY!

2 comments:

Asmara said...

ni dapat dlm saiz yg besar ni. hikhik.. sedap2, akknya gelatin pun tinggal 3 je. kene import lg ni. ;D

i'mNOTmasterchef said...

haah. mmg boleh dpt pon kak. cume sy xde bekas yg besar. so, letak je dalam cawan kecik2. hihi

import jgn x import! hahaha