Resepi 39 : Roti Sosej ala kadar~


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Demam roti masih melanda
Tangan ni asyik gatal je nak buat roti.
Terus nak buat roti nih.
Bahan pon gune jelah ape yang ade kat bilik nih.

Malas nak tulis banyak2.
Terus ke bahan2 yg aku guna.


BAHAN BAHAN

250g tepung gandum/tepung roti*
6g yis kering
125ml air suam
50g gula*
20g mentega
10g susu tepung (aku guna horlick)*
10g shortening sayuran*
1/2 sudu teh garam*
30g telur (kurang drpd sebiji)*
5 batang sosej dipotong separuh (jadi 10 ketul)
serbuk lada hitam
1 sudu minyak sayuran/mentega

CARA CARA

1. Didalam air suam, masukkan sedikit gula dan yis. Biarkan 5 minit sehingga yis aktif dan kembang.
2. Didalam mangkuk, masukkan bahan bertanda *. Kemudian, masukkan yis tadi. Uli sehingga sebati. Kalau masih melekit, masukkan sedikit tepung dan uli. Kemudian, masukkan mentega.
3. Didalam mangkuk yang besar dan bersih, sapukan minyak/mentega. Doh tadi dibuat bentuk bulat yang besar dan masukkan kedalam bekas yang disapu minyak. Wrapkan dan biarkan selama 90 minit ditempat yang suam.
4. Selepas itu, tepuk2 doh tersebut untuk buangkan anginnya. Kemudian bentukkan doh memanjang. bahagikan doh kepada 10 bahagian. Ambil sosej dan balutkan sosej tersebut dengan doh. Buat sehingga habis.
5. Biarkan ditempat yang suam selama 30-40 minit atau sehingga doh kembang 2kali ganda. Sementara tunggu doh naik, bolehlah panaskan oven 180c.
6. Di permukaan doh roti tadi, hiriskan dengan pisau untuk keluarkan sedikit angin ketika dibakar. Sapukan permukaan dengan lebihan telur tadi. Selepas itu, taburkan sedikit gula dan lada hitam diatasnya.
7. Bakar sehingga 20-25 minit. Bergantung pada oven atau sehingga atas permukaan roti keperangan.
8. Sejukkan seketika barulah dihidang~ 

Enjoy!!

Comments

Popular Posts