Monday, April 23, 2012

Resepi 38 : Udon Goreng


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Menu harini aku buat menu melayu
tapi aku guna udon.
Udon ni adelah japanese punye mee.
Ala2 macam laksa jugaklah.

Mane budak2 yang duduk jepun tu,
try la resepi nih.
Kompom sedap!
Mane yang xde mee udon ni,
Ganti jelah dengan mee laen.
Sedap jugak kot~

Aku buat ni agak banyak.
Bukan ape, aku sebenarnye malas nak masak
untuk sarapan esok.
Sebab tu aku wat bnyk sikit.
Lagipon, mee kan.
Kejap je kenyang,
pastu lapar balik. haha


BAHAN BAHAN

600g mee udon
1/2 biji capsicum merah *dipotong kecil
(lau nak tambah yg kuning pon okey)
Taugeh (ikot suka)
ayam boneless/daging boneless dicincang kecil (ikot suka)
2 batang sosej (dipotong nipis)
sayur campuran (jagung,kacang,lobak) (ikot suka)
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 sudu besar kicap pekat
(tp aku guna kicap cair je)
3 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (dimayang)
sedikit air dan gula
sedikit minyak

CARA CARA

1. Rebus udon ikot arahan kat belakang bungkusan. Selalunya rebus didalam air panas 2 minit ja. Pastu toskan dan basuh dengan air sejuk supaya menghentikan proses udon tu masak.
2. Didalam kuali yang berisi minyak, masukkan bawang putih, sos tiram dan cili kisar. Setelah naik bau, masukkan ayam/daging dan sosej. Masak sehingga ayam/daging lembut. Masukkan sedikit air jika perlu.
3. Kemudian, masukkan capsicum, kicap, dan gula. Gaul sebati. Kemudian, masukkan mee udon, taugeh, sayur campuran. Gaul sebati. Biarkan beberapa minit.
Siap!

p/s Tak payah letak garam sebab sos tiram dah masin!

ENJOY!

3 comments:

ALICIA DANIA LEE said...

Yummy.. thanks for recipe. nanti mau try.

Alicia Dania Lee said...

Yummy.. nak try la.. ada terbeli udon tp tak tau apa pula nak masak. Tq.

Alicia Dania Lee said...

Yummy.. nak try la.. ada terbeli udon tp tak tau apa pula nak masak. Tq.