Friday, April 20, 2012

Resepi 36 : Cheezylicious Sardine Rolls


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Ye, aku dah gila nak buat roti
Bagi aku, buat roti ni senang je,
tapi perlukan masa yg banyak.

Sebenarnye, resepi ni aku olah from
resepi cinnamon roll.
Cume aku ade tambah bahan sikit dalam adunan roti tu.
Pastu, untuk inti,
aku tengok ape yang ada kat dalam umah aku.
hihi.

Sesape nak rasekan kelembutan roti nih
sila ah buat!


BAHAN BAHAN

untuk doh
4 cawan tepung gandum (aku guna tepung roti)
 11g yis kering (1 paket)

1/2 cawan air suam
1/2 cawan susu yg dihangatkan
1/3 cawan gula
1/3 cawan majerin
1 sudu teh garam
1 biji telur
2 sudu besar vegetable shortening

untuk inti
1 tin sardin (230g)
4 sudu besar mayonis
3 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar ( dipotong dadu)
serbuk lada hitam (ikot suka)
Daun bawang (ikot suka)
hirisan Cheddar Cheese (ikot suka)
Kismis (ikot suka) 
sedikit air (untuk gam kan doh)


CARA CARA

1. Didalam cawan yg berisi air suam, masukkan sedikit gula. Kemudian, masukkan yis kering didalamnya. Biarkan 5 minit sehingga yis tadi kembang.
2. Dalam bekas uli doh, masukkan yis, susu, gula, majerin, garam, telur,shortening dan sedikit tepung. Putarkan sehingga sebati. Kemudian, masukkan lebihan tepung dan uli sehingga menjadi doh yang elastik.
3. Didalam bekas besar, sapukan sedikit butter/minyak disekeliling bekas. Masukkan doh tadi dan cover dengan plastic wrap selama 90minit atau 2 jam sehinggah doh menjadi 2 kali ganda. Perap doh di tempat yang suam. Saya letakkan doh didalam oven. Didalam oven tu, saya letak air panas. Dan biarkan.
4. Setelah doh kembang 2kali ganda, uli tepung dengan saiz 15x9 inci. Uli tepung dengn bentuk segi empat tepat. Setelah berpuas hati dengan bentuk, sapukan butter diatas doh untuk inti. 
5. Kemudian, ratakan pula mayonis diatas doh. Diikut dengan sardin. Spread-kan sehingga rata.
6. Kemudian, taburkan bawang besar, serbuk lada hitam, dan sedikit cheddar cheese.
7. Gulungkan doh tadi macam buat swiss roll. Di akhir doh, sapukan sedikit air untuk lekatkan doh.
8. Untuk potong doh yg digulung td, potong setengah doh. Kemudian, potong lagi setengah. Sehinggalah keratan menjadi 16. (kalau nk buat tebal pon xpe. Jadi 12 keratan)
9. Didalam loyang, susun keratan doh dengan keadaan permukaan gulungan diatas. Taburkan daun bawang, cheese, dan kismis. Kemudian, perap lagi 30-40 minit di dalam suhu bilik (25c-27c).
10. Panaskan oven 180 darjah dan masak selama 25-30 minit atau sehingga keperangan. Sejukkan kejap barulah dimakan! Siap!

p/s: Kalau nak buat sikit, half-kan sukatan adunan!

ENJOY!!


No comments: