Wednesday, April 18, 2012

Resepi 35 : Sotong ala Tempura


Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

Hari ni aku buat resepi yang simple.
Mudah untuk dibuat.
Alang2 aku dok jepun ni,
buat resepi pon ala2 jepun lah. 

Lagipon xde idea nak masak lauk ape.
Buat bende nih, terus ngap.
haha


BAHAN BAHAN

1 ekor sotong yang besar
1 mangkuk kecil tepung
1 mangkuk kecil bread crumbs
1 biji telur dipukul seketika
minyak untuk menggoreng
serbuk lada hitam dan garam

CARA CARA

1. Potongkan sotong berbentuk rings. Bersihkan. Kepala sotong kalau x nak potong pon tak pe. Kemudian, perasakan dengan lada hitam dan garam.
2. Sotong yang dipotong itu di lumurkan dengan tepung. Kemudian, masukkan kedalam telur. Terbalik-balikkan biar rata. Kemudian, masukkan kedalam mangkuk bread crumbs sehingga rata. Buat satu persatu sehingga habis.
3. Didalam minyak yang panas, masukkan sotong tersebut. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan minyak. Kalau boleh jangan masukkan sotong tersebut sekali gus. Masukkan sedikit-sedikit.
4. Setelah siap, bolehlah dihidangkn dengan sos kegemaran.

ENJOY!

4 comments:

nurul_diya m. nor al-haj said...

terliur tengok...selalu dpt mkn sotong mcm ni kat Pizza Hut jer...huhu

i'mNOTmasterchef said...

ape lagi, try lah buat. hikhik

Dijah ZaLy said...

ABM nk Tanya.. tepung apa guna untuk sotong ni? TQ

A.B.M said...

ABM guna tepung gandum biasa je. :)