Resepi 34 : Cinnamon Rolls


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni aku buat Cinnamon Roll.
whatt?? Cinnamon Roll?
Really??
hahaha

Aku pon tak caya aku buat bende alah nih.
Yelah, buat bende ni kene bnyk sabar.
Kene tunggu doh naik sume.
Tapi, okeylah.
Hari ni pon aku ade 1 kelas je.
so, boleh la nak buat bende nih.
Teringin nak makan pon ade gak. hihi.

Resepi ni aku dapat dari kawan aku.
And dy dapat resepi nih dari lecturer dy.
Tengs yep! :)
Tapi aku ubah sikit2 lah.
ikut my creativity. hihi.

Resepi ni lau korang ikot,
mmg lembut giler!!!


BAHAN BAHAN

untuk doh
4 cawan tepung gandum (aku guna tepung roti)
2 sudu teh yis kering
1/2 cawan air suam
1/2 cawan susu yg dihangatkan
1/3 cawan gula
1/3 cawan majerin
1 sudu teh garam
1 biji telur

untuk inti
4 sudu besar butter
1/2 cawan gula. (aku guna gula pasir sikit, gula perang sikit)
4 sudu teh serbuk kayu manis

untuk butterscotch sos
(guna resepi sendiri)
1 sudu besar butter
1/2 cawan gula perang
sedikit air
120ml krim (aku guna whipping cream)

CARA CARA

Untuk doh dan Inti
1. Didalam cawan yg berisi air suam, masukkan sedikit gula. Kemudian, masukkan yis kering didalamnya. Biarkan 5 minit sehingga yis tadi kembang.
2. Dalam bekas uli doh, masukkan yis, susu, gula, majerin, garam, telur dan sedikit tepung. Putarkan sehingga sebati. Kemudian, masukkan lebihan tepung dan uli sehingga menjadi doh yang elastik.
3. Didalam bekas besar, sapukan sedikit butter/minyak disekeliling bekas. Masukkan doh tadi dan cover dengan plastic wrap selama 90minit atau 2 jam sehinggah doh menjadi 2 kali ganda. Perap doh di tempat yang suam. Saya letakkan doh didalam oven. Didalam oven tu, saya letak air panas. Dan biarkan.
4. Setelah doh kembang 2kali ganda, uli tepung dengan saiz 15x9 inci. Uli tepung dengn bentuk segi empat tepat. Setelah berpuas hati dengan bentuk, sapukan butter diatas doh untuk inti. Kemudian, campurkan gula dan cinnamon dalam satu bekas, kemudian taburkan diatas doh.
5. Gulungkan doh tadi. Di akhir gulungan tersebut, akhirkan dengan sapukan sedikit air untuk seal kan gulungan. Kemudian potong kan ikut saiz yang anda suka. Saya potong 16 bahagian.
6. Cover lagi loyang tadi dengan plastic wrap kemudian, perapkan lagi cinnamon roll tersebut selama 20 minit atau 1/2 jam untuk cinnamon yang lebih lemut dan fluffy!
7. Setelah cinnamon roll kembang, sapukan sedikit butter cair diatas nya untuk kelihatan lebih cantik.
8. Panaskan oven 190c dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga perang keemasan.

Untuk Butterscotch Sos
1. Didalam sos pan, masukkan sedikit air, butter dan gula. Dengan menggunakan api yang kecil, cairkan gula sehingga menjadi caramel. Kemudian masukkan krim tadi. Whisk sehingga pekat.
2. Jika nak tambahkan sedikit tepung jagung pon boleh.

Penyediaan
1. Apabila Cinnamon roll sudah masak, bolehlah cicah dengan sos tersebut ataupon, simbah sahaja diatas cinnamon roll tersebut!

ENJOY!!

Comments

Popular Posts