Sunday, April 15, 2012

Resepi 33 : Grilled Beef with Cheese


Assalamualaikum wbt

Malam ni nk try buat grill pulak.
Tengok2 peti ais ade daging cincang.
Nak buat bolognese spagheti malas la pulak.
So, makan malam aku hari ni just daging sajo.
Ala2 western gitu. haha

mengikut bahan2 yg aku guna nih,
bole dapat 7 ketul daging.
Bergantung pada saiz jugalah.
Aku buat kecik jugalah.


BAHAN BAHAN

300g Daging cincang
2 batang fishcake (dipotong kecik2)
2sudu kecil maggie cukup rasa
secubit garam
1 biji telur
serbuk lada hitam,lada putih,lada merah
(tabur ikut citarasa)
hirisan cheese
olive oil

CARA CARA

panaskan oven 200c.

1. Didalam mangkuk, letakkan daging cincang. Masukkan sekali dengan serbuk lada hitam,lada putih dan lada merah. Gaul rata. (guna tangan ja)
2. Masukkan fishcake. Kemudian taburkan maggie cukup rasa dan garam. Gaul sebati.
3. Masukkan telur yang sudah dipukul seketika. Gaul sebati.
4. Didalam loyang oven, lapik dengan aluminium foil. Taburkan olive oil. Bentukkan daging macam daging burger. Buat sehingga habis.
5. Taburkan cheese diatasnye. Kemudian, tabur lagi dengan olive oil.
6. Masak dalam masa 20 minit atau sehingga cheese diatas daging tersebut garing.
7. Bole dihidang dengan sos kegemaran.

ENJOY!

No comments: