Thursday, April 12, 2012

Resepi 32 : Puding Roti Coklat Masam Manis


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Menu yang ke-3 untuk hari ini.
Sebenarnye, tadi nak makan roti.
Pastu, roti bnyk lagi yg tinggal.
Bile tgk tarikh luput, harini hari last.
Nak buang macam membazir pulak.
Terus ade idea nak berinovasi.
Buat bende alah nih.

Bahan2 ni aku campak2 je.
Tak ikot mana2 resepi pon.
So, jadilah nih.


BAHAN BAHAN
7 keping roti (dicarik)
50g majerin/mentega/butter
300ml susu segar
2 biji telur (dipukul terlebih dahulu)
3/4 gula (kurangkn sedikit la xnk manis)
3 sudu besar tepung jagung
60g coklat bars
3 paket asam masam manis (yg bentuk 10en)
Badam (optional)

CARA CARA
Panaskan oven 180c.
1. Panaskan susu. Apabila sudah berbuih disekeliling sauce pan, tutup api. Masukkan coklat. Biarkan 1 minit. Pastu, kacau coklat tersebut dan masukkan gula.
2. Sapukan mentega di atas roti. Tuangkan campuran (1) kedalam roti. Gaul sebati.
3. Masukkan telur yang sudah dipukul dan gaul sebati.
4. Masukkan pula tepung jagung. Gaul sebati.
5. Didalam loyang brownie, masukkan 1/2 adunan. Ratakan. Kemudian, di permukaan adunan tersebut, letakkan asam masam manis tersebut. 
6. Masukkan lagi 1/2 adunan. Ratakan. Pastu, bolehlah tabur badam.
7. Didalam oven, masak selama 15-20 minit. Bergntung pada oven.
8. Sejukkan dahulu barulah dihidang.

ENJOY!

No comments: