Thursday, April 12, 2012

Resepi 31 : Sotong masak Tauchu


Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera

Okeylah. Harini terlampau rajin nak update 
sampai 2 resepi. haha
Tema hari ni seafood.
Lagipon, aku ade bawak from malaysia 1 botol tauchu.
Pastu, semalam pulak si Mat Gebu ade upload resepi pasal tauchu.
Terus aku nak buat harini.
Macam tahu2 je Mat Gebu nih yg aku tertunggu2 resepi tauchu dari dia.

Tapi, resepi mat gebu guna ikan.
aku pulak guna sotong.
Sorilah mat gebu.
Aku ubah sesuka ati aku je resepi mu itu.
hihi

Berpandukan resepi mt gebu,
aku guna bahan bahan yang ada kat umah aku nih.


BAHAN BAHAN
1 ekor sotong (guna yang besar. lau xde, guna je yg kecik)
1 sudu besar tauchu
1 sudu besar sos tiram
1 cawan air
sedikit sos ikan (x letak)
secubit gula
daun bawang (hiasan)
serbuk kunyit,garam dan serbuk kari sedikit

ditumbuk lumat
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 biji chili merah (xde cili. gnti dgn serbuk cili je)

CARA CARA
1. Potong sotong ikut citarasa dan basuh bersih. Pastu, Gaul bersama kunyit, garam dan serbuk kari.
2. Goreng sotong di dalam kuali bersama minyak sedikit. Masak jgn sampai terlalu garing. Angkat dan toskan.
3. Tumiskan bahan yg ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan tauchu dan masak seketika.
4. Masukkan sotong dan air. Masak sehingga mendidih. Setelah itu, masukkan gula.
5. Setelah rasa okey, matikan api dan hidang berhiaskan daun bawang.

**Mat Gebu masukkan leek. Saya tak letak. :D

Enjoy!

No comments: