Wednesday, April 11, 2012

Resepi 29 : Pinky White Chocolate Brownies


Assalamualaikum wbt

Kelas untuk tahun 2 sudah bermula.
Tapi, belum ade kerja sangat.
So, ter-Rajin buat brownie nih.

Lagipon, bahan-bahan mudah.
Cara buat pon senang.
Sebab tu lah aku gatal tangan nak buat bende nih.
hihi



Okeylah, BAHAN BAHAN yang digunakan

Brownie
100g coklat putih
100g tepung gandum
70g butter
70g gula
3 sudu besar blueberry jam (apa2 perasa pon okey)
3biji telur

Pinky Chocolate Ganache
80g coklat putih
3sudu besar susu segar
Pewarna pink

CARA CARA

1. Panaskan oven 180c.

Brownie
1. Dengan menggunakan teknik double boiler, cairkan coklat putih. Kemudian, gaul bersama dengan butter sehingga sebati.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Putarkan dgn kelajuan maksima sehingga kembang dan putih.
3. Masukkan 1/3 daripada adunan (2) kedalam adunan (1). Gaul dgn spatula menggunakan kaedah kaup balik.  Setelah sebati, masukkan adunan yg lebih itu lagi. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung (ayakkan) kedalam adunan. Gaul dengan kaedah kaup balik lagi sehingga sebati.
5. Masukkan blueberry jam sebagai perasa tambahan.
6. Didalam brownie pan, masukkan adunan. Bakar selama 30 minit. Apabila selesai 15 minit yang pertama atau permukaan brownie kelihatan sudah keemasan, cover dengan aluminium foil. Pastu, bakar seperti biasa sehingga selesai 30 minit tersebut.
7. Sejukkan brownie sebelum disapu dengan ganache.

Pinky Chocolate Ganache
1. Dengan kaedah double boiler, cairkan coklat bersama dengan susu. 
2. Apabila sudah cair, masukkan pewarna pink. Gaul sebati.

Penyediaan
1. Apabila brownie sudah sejuk, potongkan mengikut saiz brownie.
2. Sapukan ganache di permukaan brownie. Taburkan hiasan diatasnya.
3. Sejukkan di peti ais supaya ganache mengeras.

Enjoyy! ^^

No comments: