Monday, April 9, 2012

Resepi 28 : Cotton Soft Japanese Cheese Cake


Assalamualaikum wbt

Hari ni hari last cuti.
Esok bermulalah sem baru!
Oh tidakkkk!!

Sebab tu lah aku rajin nak buat kek nih.
Nanti dah start busy tak dptlah nak merase sume nih. huhu
So, ni kek utk mengucapkan selamat berjuang utk tahun 2 degree di Yamagata Uni, Japan.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Sebenarnye kek ni direquest oleh Teacher English aku
time aku skola menengah dulu.
So, aku buatlah kek nih.

Cheesecake tuh!
Dah la lembut! Yummy! 

BAHAN BAHAN

Bahan A:
250g cream cheese

50g butter

100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)


Bahan B:

140g gula (granulated sugar) / gula kastor

6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon


CARA CARA

1. Panaskan oven 160c.
2. Dengan menggunakan kaedah double boiler, masukkan cream cheese,susu dan butter. Kacau seabati. Kemudian, rehatkan sejuk.
3. Didalam mangkuk, masukkan kuning telur, tepung, tepung jagung,garam,lemon. Gaul sebati guna spatula. Kemudian masukkan bahan (2) kedalam adunan ni. Kacau sehingga sebati.
4. Didalam mangkuk lain, masukkan putih telur dan lemon jus. Putarkan sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula. Putarkan sehingga kembang (soft peak).
5. kemudian masukkan adunan (3) kedalam adunan (4). Gaul sebati.
6. Didalam loyang, masukkan adunan. Saya dpt bnyk. Jadi, yg lebih tu saya letak kat dalam cup. 
7. Didalam oven, masukkan adunan dan letakkan air disekeliling oven seperti double boiler.
8. Masak selama 1 jam. 
9. Bila dah siap bolehlah hias dengan chocolate ganache.

Chocolate Ganache

100ml whipping cream
60g chocolate bars
10g butter

Cara-cara

1. Dengan kaedah double boiler, masukkan semua bahan sehingga cair. Gaul sebati. 
Siap!


2 comments:

Anonymous said...

Oishisou!!!
-kira sendai

iskandarNOTmasterchef said...

oishii yo! nanti soh kak pah buatkn utk korng. hihihi