Friday, April 6, 2012

Resepi 26 : Orange Blueberry Muffin


Assalamualaikum wbt

Hari ni nak post satu reepi yang mudah.
Muffin orange.
Tapi, aku ubah ikot selere tekak aku. hihi
*jgn marah.

okeylah, malas nak membebel bnyk2.
terus kepade bahan2 yg aku guna.


BAHAN BAHAN

150g tepung gandum
130g mentega
100g gula halus
1 sudu teh baking powder
2 biji telur
60ml susu segar
1 sudu besar golden syrup
1/2 sudu besar perasa oren
1 sudu teh pewarna kuning
40g badam kisar (nak lebih pon xpe)
bluberry jam
gula icing *optional
secubit garam

CARA CARA

1. Panaskan oven 180c.
2. Satukan tepung, garam dan baking powder. Ayakkan.
3. Didalam mangkuk lain, masukkan gula dan mentega. Putar ssehingga sebati. Masukkan pula telur. Putar sehingga pucat dan kembang.
4. Masukkan bahan di step ke 2 tadi berselang seli dengan susu segar. Kali ini hanya gunakan spatula untuk mengacau. 
5. Masukkan golden syrup, perasa oren dan pewarna oren. Gaul sebati. Kemudian, masukkan pula badam. Gaul sebati.
6. Didalam cawan muffin, sudukan adunan. Jangan terlalu penuh. Diatas permukaan muffin, letak sesudu kecil jam blueberry. Bakar sehingga 20-25 minit. Bergantung kepada oven yang digunakan.
7. Bile dah siap, bole hias dengan gula icing.



No comments: