Resepi 23 : Ayam masak Ungkep


Assalamualaikum wbt

Hari ni angin agak kuat.
Kat luar pon still lagi bersalji.
Padahal dah masuk bulan 4 dah.
hrm.
Tapi lau tgk weather news,
minggu depan dah start suhu 14c camtu.
okeylah jugak.
takdelah kesejukan sgt.

Baiklah, harini nak buat masakan tradisi.
Aku ni orang Johor yang Jawa.
(johor yg jawa? mcm pelik bunyinye. hihi)
so, tercetuslah nk buat resepi nih.
Lau aku balik kampung je, mesti mak aku buatkan aku masakan nih.
tapi, aku takley lawan mak aku nye masakan lah.
huhuhu.

Mane yang bukan orang jawa tu,
dan tak pernah dengar pon name resepi nih,
jom la try.
Kompom korang akan suke.
Resepi ni ala2 rendang la jugak.


BAHAN BAHAN untuk 2 orang

A
1 mangkuk ayam boneless dipotong sederhana besar.
(lau nk lagi sedap, guna ayam yg ade tulang)
1/2 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 biji bawang besar dihiris bulat.
1 batang serai diketuk
1/3 cawan minyak masak
garam, gula dan secukup rasa maggie 
1/2 keping asam keping
(lau xde guna asam jawa)
air secukupnya

B (kisar)
1 1/2 sudu besar ketumbar
2 1/2 sudu jintan putih *sy tak letak
2 1/2 sudu jintan manis
1 inchi halia
1 inchi kunyit hidup
(lau xde gune 2 sudu kunyit serbuk)
1/2 bawang besar
4 ulas bawang putih
1 genggam lada kering
(chili padi pon ok. ikut citarasa an kepedasan)

p/s: untuk bahan B boleh dibahagikn 2 kalau utk 2 orng makan sahaja.

CARA CARA

1. Didalam kuali, masukkan minyak. Setelah minyak panas, masukkan serai,bunga lawang, bawang besar dan kayu manis sehingga naik bau.
2. Masukkan separuh sahaja bahan B tadi dan tumis sehingga garing dan naik bau. 
3. Masukkan ayam, sedikit air dan asam keping. Gaul sebati. Dan tutup kuali selama 20 minit. Api perlu kecilkan.
4. Sewaktu ayam ditutup, sekali sekala haruslah digaul supaya bawah tidak hangus.
5. Masukkan garam, gula dan cukup rasa maggie sekucupnya. Ikut citarasa. Gaul sebti dan biarkan beberapa minit.
6. Siap dihidang!


Comments

Popular Posts