Tuesday, April 3, 2012

Resepi 22 : Kek Pandan Marmar


Assalamualaikum wbt

setelah sekian lama kita tak bersua. hihi
actually, aritu dah lame tak update sebb aku balik malaysia
jadi, kemalasan yang mmbuak2 utk wat kek tu ade.
maklumlah, lau dah balik kampung tu, 
mesti nak rasa masakan mak kan.
hihi.

baiklah, harini aku buat kek.
kek simple je sebenarnye.
saje nak try masak gune oven BARU.
hehehe.


Agak merekah kat bahagian tengah tu.
tapi takpelah. nak buat makan sendiri kan.
lau utk jual tu, kene lah perfect sikit.
tapi, rasenye sedap.
I Like Pandan Flavor. hihi

BAHAN BAHAN

125g tepung superfine/tepung gandum (ayak)
125g butter (cairkan)
125g gula castor
4 biji telur
1/2 sudu besar ovalette
2 sudu besar susu pekat
1/2 sudu besar esen vanilla
1/2 sudu besar perasa coklat/emulco coklat
1 sudu besar sebuk koko
1/2 sudu besar pes pandan
(lau takde guna 1/2 sudu perasa pandan dan 1/2 sudu warna hijau)
badam cincang *optional
gula icing *optional

CARA CARA

1. Panaskan oven 170c. Griskan loyang 18cm dgn mentega.
2. Didalam mangkuk besar, masukkan tepung,gula,telur,susu pekat dan ovalette.Kacau guna whisk. Setelah agak sebati, putar guna handwhisk dgn kelajuan maksimum selama 7 minit atau sehingga kembang.
3. Masukkan butter cair tadi dan gaul guna spatula dgn sebati.
4. Bahagikan adunan samarata kepada 2. Didalam adunan pertama, masukkan serbuk koko, esen vanilla dan perasa coklat. gaul sebati.
5. Didalam adunan kedua, masukkan pes pandan/perasa pandan+pewarna hijau. gaul sebati.
6. Mulakan dibahagian tengah loyang, ambil 3 sudu adunan coklat. kemudian, lapiskan dengan 3 adunan pandan. Buat sampai habis. Kemudian, taburkan badam diatas.
7. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Setelah sejuk, bolehlah hias dngan gula aicing. 

credit : Matgebu
SELAMAT MENCUBA!

No comments: