Wednesday, April 4, 2012

Resepi 24 : Hot Chocolate bersama Jemput-jemput


Assalamualaikum wbt

hari ni entah kenape terlalu rajin nak update blog.
Pastu, buat resepi pon simple2 lah nak kasi senang update.
Nama pon blog resepi kan.
as long as bende tu makanan even senang,
boleh je lau nak tulis resepi.

So, harini just nak masak jemput2 @ cekodok je.
sebagai minum petang.
Kat sini tgh hujan.
so, sgtlah sesuai nak buat makanan camni. hihi
pastu, pekena pulak dengan hot chocolate. hihi

BAHAN BAHAN yang aku guna

cekodok
2 cawan tepung gandum
1/2 biji bawang besar
1 genggam ikan bilis
1/4 sudu baking powder
garam dan cukup rasa maggie secukupnya
2 1/2 cawan air suam
*dicicah dgn sos kegemaran

Hot chocolate
4 sudu besar Cadbury Hot Chocolate Drink*
Air suam*
Gula secukupnya*
1/4 sudu instant coffee / espresso*
whipping cream

CARA CARA

cekodok
1. cmpurkan bahan2 dan gaul sebati.
2. didalam kuali panas, sudukan adunan sedikit demi sedikit. Maak sehingga keemasan. 
3. Setelah selesai boleh dihidang dgn sos kegemaran

hot chocolate
1. Masukkan bahan2 bertanda * dan kacau sebati.
2. Paipkan whipping cream diatasnya. Untuk hiasan, boleh tabur lagi instant hot chocolate diatas whipping cream.

SELAMAT MINUM PETANG!


No comments: