Thursday, March 8, 2012

Resepi 21: Kek Lapis Masam Manis


Assalamualaikum WBT
dan Salam Sejahtera

Dah lame sangat tak update resepi.
Bukan malas ye,
tapi before this pegi melancong.
Deswhy la tak update. 
hihi.

Memandangkan sudah beraada kat umah
ditambah pulak dengan kerajinan diri,
tercetuslah idea nak bake kek nih.
Tekak pon dah terasa gatal nak makan.


BAHAN BAHAN

450g Mentega
170g Gula Halus
10 biji Telur
300g Biskut Marie (dikisar halus)
300g Susu Pekat
80g Kaya
1 camca Esen Vanilla
2 Bungkus Asam Manis (Haw Flakes)
Pewarna ikut citarasa (saya guna Ungu,Biru,Kuning)

CARA CARA

1. Panaskan oven 180 darjah celcius. 
2. Didalam mangkuk besar, masukkan mentega dan gula. Putarkan sehingga kembang dan putih.
3. Kemudian, masukkan telur satu persatu. Setelah adunan kembang, masukkan esen vanilla dan kaya. putar sebati. Adunan akan nampak seperti berketul2.
4. Masukkan susu pekat dan biskut marie. Putar sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan sama rata kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna dan gaul sebati.
6. Didalam loyang segi empat, masukkan kertas minyak. Masukkan 1 senduk adunan (mana2 warna) kedalam loyang. Bakar selama 4-5 minit atau sehingga masak.
7. Setelah siap, Masukkan warna lain pula kedalam loyang tersebut. Setelah sampai lapisan ke3, letakkan asam manis. Ulang sehingga habis.
8. Setelah siap, biarkan sejuk dahulu. Barulah dipotong. 

Selamat Mencuba!



No comments: