Tuesday, February 21, 2012

Resepi 19: CreamPuff with Orange Custard


Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah! dah pun selamat sampai kat 
tanah Malaysia! 

Kalau kat umah dok diam je mesti rase bosan kan.
Sedang membelek blog MAT GEBU,
ternampak resepi ni.
Tengok pon menyelerakan.
So, nak try lah buat creampuff.

Disebabkan malas nak tulis resepi guna 
ayat sendiri, so aku pon
copy and paste je lah.
Hope Mat Gebu tak marah. 
hihi.
Cream Puff ni boleh dapat LEBIH DARI 10 BIJI



BAHAN BAHAN nye

Cream Puff
50 gram mentega
125 ml air
1/4 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati (telur gred A)
1/2 camca teh esen vanilla

Orange Custard
1 kuning telur
150 ml susu sejat IDEAL (kurangkan lau x nak manis sgt)
1 1/4 camca besar tepung custard
20 gram gula halus (kurangkan lau taknak manis sgt)
Parutan kulit oren (1 biji oren)
1/2 biji oren, perah jusnya

CARA CARA
  1. UNTUK ORANGE CUSTARD:- Satukan semua bahan2 untuk orange custard kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
  2. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri.


No comments: