Resepi 9: Puding Roti ala Bingka
Assalamualaikum WBT
Post pertama dibulan Februari 2012!
okeylah, memandangkan nak buat sesuatu yg senang,
tercetuslah idea nak buat bende ni.
Aku dapat idea setelah aku gi blog akak Ummi ni.
Cara mudah.
Bahan pulak simple sesangat!
Tapi, ade yang aku buat cara aku sendiri lah.
Tapi, berbasedkan resepi kak ummi ni.
Jom lah try resepi ni.
hihi
Baiklah, ni BAHAN BAHAN nye
8 keping roti - disiat
200ml santan pekat
200ml air
1 cawan gula
4 biji telur
2 helai daun pandan - (xde daun pandan, maklumlah diperantauan)
1 sudu besar pes pandan.
(saya tak ade pes pandan, so, 1 sudu teh perasa pandan + pewarna hijau)
CARA CARA
1. Didihkan air utk mengukus.
2. dalam mangkuk besar, masukkan santan, gula, air, telur, pes pandan dan kacau sebati.Kacau guna whisk je.
3. Masukkan roti yang disiat tadi, dan rendamkan dalam masa 10 minit.
3. Masukkan didalam loyang 18cm dan mampatkan. Jika ade lebihan cecair adunan, masukkanje dalam loyang.
4. Diatas adunan tadi, letakkan daun pandan (kalau ade).
5. Kukus dalam masa 15-20 minit. Semasa mengukus, pastikan penutup kukus dibalut dengan
kain. Supaya air yang terkondensasi tak jatuh dipermukaan adunan.
6. Sejukkan dahulu, barulah dihidang.
Kalau nak nampak modern, bubuh la topping sikit. hihi
Senang kan?? Jom lah cuba! :)
Comments