Thursday, February 23, 2012

Resepi 20: Strawberry Oreo Ice Cream Cake


Assalamualaikum WBT

Rase nak makan cake,
tapi tak nak baking.
So, tercetuslah idea nak buat ice cream cake nih.


Ni BAHAN BAHAN yang saya guna

20 keping biskut chipsmore (apa2 biskut pon boleh)
4 sudu mentega (dicairkan)
9 keping biskut oreo (kalau nk lebih pon boleh)
1.5 Liter ice cream strawberry
1 bungkus kacang Nips (optional)
Plastic wrap

CARA CARA

1. Biarkan ice cream diluar sehingga lembut. Ketepikan.
2. Didalam plastic bag, masukkan chipsmore dan ketuk sehingga hancur. Kalau boleh sampai hampir halus. Masukkan biskut kedalam mangkuk dan gaul dengan mentega. 
3. Didalam loyang, lapiskan plastic wrap. Pastikan plastic wrap tersebut dilebihkan. Kemudian, masukkan biskut tersebut dan tekan sehingga mampat. Ketepikan.
4. Biskut oreo hendaklah diketuk juga sehingga hancur. Tetapi, JANGAN terlalu hancur. 
5. Didalam mangkuk lain, masukkan ice cream dan gaul dengan biskut oreo tersebut. Gaul sebati.
6. Masukkan adunan kedalam loyang. Selepas itu, hias dengan kacang Nips diatas.
7. Biarkan sejuk dipeti ais sekurang-kurangnya 4 jam. Lebih baik semalaman.

Untuk filling tu boleh juga masukkan kekacang. :)


1 comment:

Anonymous said...

salam. hi. nak tanya. plastic wrap tu saya confuse. which one. yang plastic bag tu atau plastic wrap yg gulung seperti tutp hidangan tu?
thanks.