Friday, February 10, 2012

Resepi 18: Ikan masak masam manis


Assalamualaikum WBT

Hari ni mood ikan.
So, nk try lah buat ikan masam manis ni.
Tapi serba serbi kekurangn lah.
tapi rasa dia not bad.
okey n sedap 

Ni aku amik dari blog ni.

So, aku copy paste je la eh.
Malas nak salin. 
hihi
Sory ye tuan punya blog.
Tapi gambar ni ORIGINAL from saya ye.



BAHAN BAHAN

*1 ekor ikan siakap (saya guna ikan ape ntah. tak tahu nama. LOL)
*sedikit tepung jagung
*garam
1 biji bawang besar - hiris
5 biji bawang putih
2 inci halia
1/2 batang timun - potong dadu
1/2 biji lada benggala hijau - potong dadu (saya tak letak)
1/2 biji lada benggala kuning - potong dadu (saya tak letak)
1/2 biji lada benggala merah - potong dadu
1/4 biji nenas - potong dadu (saya tak letak)
2 biji tomato merah (saiz besar -dipotong) @ 7-10 biji baby tomato
1/2 biji carrot
2 biji cili merah - potong 2
5 biji cili padi (optional - tumbuk kasar)
sos cili
sos tomato
sos tiram
air
garam
gula

CARA CARA


1. salutkan ikan siakap dengan tepung jagung dan sedikit garam.

2. panaskan api, goreng siakap hingga garing. setelah masak, ketepikan.
3. tumbuk kasar halia & bawang putih, tumiskan hingga wangi.
4. masukkan cili padi, kacau sebentar dan terus masukkan sos cili, sos tomato & sedikit sos tiram secukup rasa.
5. biarkan mendidih sedikit dan masukkan air. perasakan dengan garam dan gula.
6. setelah mendidih, masukkan cili merah, nanas, timun,carrot, lada benggala merah, kuning dan hijau ke dalam kuali. kacau sesekali hingga empuk.
7. Masukkan tomato. kacau lebih kurang 2 minit & curah kuah keatas ikan yang siap digoreng tadi.
8. sedap dimakan panas2 dengan nasi putih.

SELAMAT MENCUBA!

No comments: