Wednesday, February 8, 2012

Resepi 16: Eggless Chocolate's Mud Cake


Assalamuaikum WBT

Dah lame agaknye tak post pasal cake.
So, memandangkan hari ni kelas xde,
exam pon dah habis,
bnyk lah mase terluang nak gi ke dapur.

Tapi, takdelah rajin mane.
Cari resepi pon yang mudah2 je.
tak payah gune telur sume.
Pastu, kacau pon guna whisk.

saya amik dari blog ni



okeylah, ini BAHAN BAHAN nya

Chocolate Cake
1 cawan tepung kek (tepung gandum biasa pon boleh) - ayakkan
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu pekat (susu tepung pon okey)
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
3/4 cawan gula halus. (kalau nak manis lg guna 1 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar espresso ( kopi biasa pon ok)
secubit garam
1/2 cawan minyak sayuran
1 sudu kecil cuka atau lemon juice

Chocolate's Mud
2 sudu mentega
3/4 cawan whipping cream
150g coklat bar
4 sudu pancake syrup

CARA CARA

Chocolate cake
1. Dalam mangkuk, masukkan tepung, baking powder,soda bikarbonat, serbuk koko, garam dan gula. Gaul sebati.
2. Masukkan pula minyak, air sejuk, espresso. Guna whisk, kacau sebati. Masukkan pula susu pekat. Gaul sebati.
3. Masukkan pula esen vanilla, dan cuka. Kacau sebati.
4. Panaskan oven 160 darjah celcius.
5. Masukkan adunan kedalam loyang. Saya guna loyang 18cm. Bakar selama 40 minit. 
6. Setelah siap, biarkan sebentar didalam oven. Setelah sejuk, biarkan.

Chocolate's Mud
1. Dengan menggunakan kaedah double boiler, didalam mangkuk besi, masukkan mentega. Kacau sehingga cair.
2. Masukkan pula whipping cream. Kemudian masukkan chocolate bar.
3. Masukkan pulak pancake syrup. Kawal kemanisan ikut citarasa.

Bila dah siap kedua-duanya, bolehlah simbah chocolate mud diatas cake tadi. ^^



No comments: