Tuesday, February 7, 2012

Resepi 15: Nasi Jagung bersama Ayam Masak Merah


Assalamualaikum WBT

Hari ni post pasal nasi pulak
Menu yang sesuai untuk makan malam sekeluarga.
Nasi Jagung versi Iskandar. hahaha.

Nasi Jagung ni sebenenarnye bukan je boleh mkn dgn
ayam masak merah ni
tapi lauk2 yg kering pon boleh.
contohnye lau sayurannye boleh je buat acar nanas tu.
Tapi kemalasan diri ni nak buat acar tu,
so, gantikan dengan salad.



Okeylah ni untuk BAHAN BAHAN nye untuk 2-3 orang

Nasi Jagung
2 1/2 cawan beras - direndam 15 minit dan toskan
1 cawan jagung manis (dalam tin) - boleh kurangkan
3/4 cawan susu segar
1 cawan stok ayam
1 sudu mentega
1/4 biji bawang besar - dihiris *
2 biji buah pelaga *
1 kuntum bunga lawang*
1 inch halia - dihiris*
1 batang kayu manis*
2 kuntum bunga cengkih (saya tak letak)*
1 helai daun pandan (saya tak letak)*
daun sup (saya tak letak)
secubit garam
air

Ayam Masak Merah
1 mangkuk ayam (saya pakai boneless)
2 senduk pes lada kering
1 inch halia #
1/2 bawang besar #
2 biji bawang putih #
2sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari
4 sudu air asam jawa
2 sudu sos chili
1 sudu sos tiram
1/4 bawang besar - dihiris
garam dan gula secukup rasa
minyak masak

salad secukupnya- optional
hirisan tomato - optional

CARA CARA

Nasi Jagung
1. Letakkan periuk rice cooker diatas dapur, cairkan mentega. Masukkan bahan2 yang bertanda *
2. Goreng sehingga naik bau dan masukkan beras. Masak selama 2-3 minit
3. Masukkan jagung, susu, stok ayam, air dan secubit garam. Jumlah air hendaklah diukur mengikut jenis beras yang digunakan. Masak seperti biasa di rice cooker. Kalau ade daun sup, masukkan sekali.

Ayam Masak Merah
1. Gaul ayam dengan serbuk kari dan kunyit. Goreng sehingga 3/4 masak.
2. Bahan yang bertanda # hendaklah dikisar. 
3. Didalam kuali, masukkan minyak. Kemudian masukkan bawang yg dihiris sehingga naik bau.
4. Masukkan pula pes lada, bahan2 yang dikisar kedalam kuali. Masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul rata. Masukkan pula sos chili, sos tiram, garam dan gula.
6. Biarkan beberapa minit didalam kuali, masukkan pula air asam jawa.
7. Biarkan didalam kuali sehingga lada betul2 masak.

Bolehlah dihidang dengan salad or tomato.





No comments: