Monday, February 6, 2012

Resepi 13: Roti Telur ala Benjo. Ini je yang mampu.


Assalamualaikum WBT

Entry kali ini pon bertemakan ROTI.
hahaha
Bukan ape, memandangkan roti ade lagi
pastu, esok pulak tarikh luputnye,
rugilah kalau tak guna kan.

So, teringat kat Malaysia petang2 mcm ni.
Tercetuslah nak buat menu ala2 benjo ni.

Orang johor panggil benjo,
tapi tak tahu lah kat negeri laen panggil ape.
hihi. 

okeylah,
since resepi pon mudah,
terajin la nak tulis resepi sekali.


BAHAN BAHAN

2 keping roti
1 biji telur
2 hiris tomato
2 helai salad
serbuk lada hitam dan lada putih - kuantiti ikut suka
hirisan keju - ikut suka
sos chili
1000 island sauce

CARA CARA

1. Panaskan non-stick pan, bakar roti ala2 bakar roti burger sehingga perang. Kemudian ketepikan
2. Didalam kuali yg sama, masukkan telur. Pecahhakn kuning telur tu dan buat seperti lempeng.
3. Masukkan lada hitam dan lada putih. Lipat telur berbentuk segi empat.
4. Diatas roti, letak salad, tomato. Kemudian letak juga sos chili. dan 1000 island. 
5. Pastu, letak telur yg berlipat tadi. Diatas telur tu bolehlah letak keju dan sos. Tutup atas telur tadi dgn roti lagi satu.

 SIAP! sesuai utk sarapan or minum petang.


1 comment:

Olie said...

Saya suka roti benjo..apa-apa yang benjo suma suka... huhu