Sunday, February 5, 2012

Resepi 12: Roti Telur Berkeju dikala musim salju


Assalamualaikum WBT

Memalam buta ni teringin nak mengunyah.
Mane taknye, badan pon dah macam tong dram kan.
haha.

Bile tgk kat dapur, ade roti, ade telur ade keju.
terus nak buat this 'bad boy'.

Resepi mudah,
since ni pon namenye blog masakan
tak kesah la kan nak kongsi resepi mudah ke
resepi yg meletop ke
yang penting ade perkongsian disini.
wah2, berceramah pulak aku.


okeylah, kat sini BAHAN BAHAN nye untuk seorang.

3keping roti
2 biji telur
1/4 bawang besar - dipotong dadu
1sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam
2sudu kecil minyak bijan
hirisan keju secukupnya
minyak untuk menggoreng (kalau tak guna non-stick pan)

CARA CARA

1. Whisk kan telur,lada hitam,garam, bawang dan minyak bijan.
2. Ambil sekeping roti, dan letakkan didalam adunan telur tadi. Terbalik-balik kan supaya rata.
3.Didalam kuali, griskan minyak. Masukkan roti tadi kedalam kuali.
4. Sementara menunggu bahagian bawah masak, taburkan keju diatas roti.
5. Terbalikkan pula bahagian yg ade keju tersebut.
6. Goreng sehingga keperangan. Ulang steps sampai roti habis. 

Bolehlah dihidang dengan sos yang anda suka. Makan bersama teh. 
Memang MASYUK!



No comments: