Sunday, February 5, 2012

Resepi 11: Simmered Mackerel in Miso Sauce


Assalamualaikum WBT

Post kali ni pasal Japanese food.
Since aku dok Japan ni,
aku rase tak penah kot aku buat makanan Jepun.
So, ni masakan pertama aku bertemakan Japanese food.
hihi.

Kalau orang2 kat Malaysia tu nak cuba,
belilah bahan2 ni kat kedai yg jual bahan2 mentah jepun.
Kalau beli kat kedai yg tak jual, 
memanglah takde kan. 

kat Malaysia dipanggil ikan kembung
Omputih panggil Mackerel
Orng jepun panggil SABA


Okeylah. BAHAN BAHAN nye seperti berikut:

1 ekor ikan kembung (dibelah separuh)
2 sudu besar Miso paste
2 sudu kecil Sos soya Jepun (Shoyu-in japanese)
1 1/2 inch halia (dihiris)
1 sudu kecil cuka makanan
2 sudu besar gula
1 1/2 cawan air
aluminium foil

CARA CARA
1. Ikan kembung tadi hendaklah dihiris diatas badannye itu berbentuk [X].
2.Didalam periuk, masukkan air, halia, gula, miso paste, cuka. Panaskan seketika dan kacau sebati.
3. Setelah campuran tadi agak panas, masukkan ikan dengan keadaan kulit ikan diatas. Jika kulit ikan diterbalikkan akan menyebabkan kulit ikan hancur.
4. Cover permukaan air campuran didalam periuk tadi dengan aluminium foil. Aluminium foil hendaklah dilubangkan sedikit di tengah2. Masak dalam masa 10 minit.
5. Setelah itu, masukkan pula Shoyu/Japanese soy sauce. 
6. Tutup api, dan siap dihidang. 

Kepade rakan2 yang ade kat japan, try lah! :) Yang soy sauce tu pastikan HALAL ye. 


No comments: