Sunday, February 5, 2012

Resepi 10: Kek Puding Karamel


Assalamualaikum WBT

Memandangkan malam ni terlebih rajin,
so, terase nak update pasal resepi yg sebelum ni dah buat.
Pastu, blog ni pon dah ade kelainan sikit dah.
Lebih ceria drpde yang dulu.
hihi

Resepi ni pon aku amik from internet jugak.
Tapi, aku nk share gak kat blog aku ni.
^^

untuk BAHAN BAHAN nye

lapisan kek
70g tepung gandum -  diayak
60g gula halus
2biji telur - asingkan putih dan kuning
20g mentega - dicairkan

lapisan puding
4biji telur
500ml susu segar
70g gula
1sudu teh esen vanilla

lapisan caramel
60g gula
3sudu besar air

CARA CARA

lapisan caramel
1. campurkan gula dengan 1 sudu air. Masukkan kedalam periuk kecil dan masak sehingga perang. Kemudian, masukkan lagi 2 sudu air kedalam periuk tadi. Hati hati kerana gula akan memercik. 
2. Kemudian, masukkan caramel kedalam loyang untuk memasukkan adunan.

lapisan puding
1. Masukkan gula dan susu kedalam periuk. Panaskan sehingga gula hancur. 
2. Didalam mangkuk lain, masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sedikit, kemudian masukkan susu panas tadi kedalam mangkuk yg berisi telur td. Kacau perlahan, jangan biarkan berbuih. Perlu sentiasa kacau supaya telur tidak masak didalam magkuk.
3. Tapiskan no.2 tadi kedalam loyang yang berisi caramel tadi. Biarkan.

lapisan kek
1. Pukul putih telur dengan separuh gula sehingga kembang. Didalam mangkuk lain juga, pukul kuning telur dengan lebihan gula tersebut sehingga jadi seperti krim.
2. Campurkan putih dan kuning telur tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung tadi dengan kaedah kaup balik. Kemudian, masukkan mentega yg dicairkan tadi kedalam adunan. Gaul sebati. 
4. Tuang adunan tadi kedalam loyang yang diberisi caramel dan puding tadi. 
5. Bakar adunan didalam oven 170degree celcius selama 40 minit.

Nota: Adunan tadi akan terapung apabila dimasak didalam oven. so, jangan risau bila adunan puding dan kek tadi tak terapung secara sempurna sebelum dimasak. 



4 comments:

mat gebu said...

ambui alep

Bukan Masterchef said...

:D hihi..

Wani Fadhilah said...

salam wbt..
ni bakar biasa je kan? dah lama tringin nak buat tp xbrani..xreti nak buat bahagian gula hangus~ insyaAllah nk cuba buat nti..mohon share ye!

btw, salam perkenalan~ nice blog..keep it up! :D

i'mNOTmasterchef said...

haah. bakar macam biasa. tapi kene hati2 kat bahagian gula hangus. kalau terlalu lama nanti pahit jadinya. :)

Salam perkenalan juga. :)