Tuesday, January 31, 2012

Resepi 8: Ayam Masak Merah Bersantan


Assalamualaikum WBT

Amacam? dah cube resepi2 kat sini?
Mane yang belum cuba tu, try la if have time ok! hihi

Okeylah,
Harini teringin nak masak ayam.
Tapi xde idea nak masak ape.
Tgk pulak barang kat dapur,
xdelah banyak sangat.
Maklumlam, dok kat perantauan.
Barang2 nak buat masakan melayu ni pulak terhad.

Belek punya belek,
tercetus lah nak buat menu ni.

AYAM MASAK MERAH BERSANTAN



BAHAN BAHAN untuk 2-3 orang

1 mangkuk ayam (saya guna ayam boneless)
1/2 biji bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
2 sudu besar pes chili (kalau nk pedas, tambah lg)
2 sudu sos chili
1/2 inch halia - dikisar
1/2 batang serai - dihiris (saya takde serai, so, x letak)
air asam jawa
1 sudu kecil gula
secubit garam
minyak untuk menggoreng
1/2 cawan santan (saya guna santan yg pekat)
Daun bawang - optional (untuk hiasan)
3 chili hidup - dihiris

CARA CARA

1. Gorengkan ayam tersebut sehingga 3/4 masak. Ketepikan.
2. Didalam periuk, panaskan minyak. Masukkan bahan2 yang dikisar dan pes chili kedalam periuk. 
Masak sehingga naik bau.
3. Masukkan pula sos chili, chili hidup, serai (kalau ada), garam dan gula kedalam periuk.
Gaul dan rasa. Adjustlah rase ikut citarasa.
4. Masukkan ayam dan santan. biarkan beberapa minit. Masukkan pula air asam jawa.
5. Jika agak pekat, bolehlah masukkan air dan adjust ikut suka nak cair atau pekat.
6. Biarkan beberapa minit. Setelah itu, siap! 
Bolehlah dihiris daun bawang dan tabur diatas ketika menghidang

SELAMAT MENCUBA!

No comments: