Resepi 7: Kuih Ketayap Berinti Lauk


Assalamualaikum WBT

Salam hari ahad semua!
Mesti ramai yg ade kat umah bersama family kan?
(tapi aku bersendirian di rumah -.-)
huhu

Okeylah, kat sini nak kongsi 1 resepi.
Sebenarnye resepi ni diambil kat blog Mat Gebu.
Tapi, ade lah beberape bahan tak ade,
so, pakai je bahan yang ade kat dalam rumah ni.


 BAHAN BAHAN ( 6 biji )

Lapisan Ketayap

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
3 camca minyak/butter cair
secubit garam

Inti Ketayap

1/2 mangkuk ayam - cincang dadu
1 cawan sayur campur (lobak,kacang pis,jagung)
1 sudu makan sos tiram
1 camca serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar - dihiris
1/2 batang daun bawang - dihiris
minyak untuk menggoreng

CARA CARA

Untuk Lapisan Ketayap
1. Campurkan bahan2 diatas, kemudian kacau sehingga sebati tanpa bergentel.
2. diatas non-stick pan, tuangkan sesenduk adunan kemudian masak seperti masak lempeng. 
3. setelah diangkat, biarkan sejuk seketika.

Sila gunakan api yang kecil

Untuk Inti Ketayap
1. panaskan minyak diatas kuali, masukkan bawang dan masak sehingga naik bau.
2. masukkan daging ayam dan sos tiram. Biarkan ayam hampir masak.
3. masukkan sayur campur dan kacau.
4. masukkan pula daun bawang dan biarkan layu seketika.
5. Masukkan pula serbuk lada hitam dan gaul sebati.
6. Angkat dan siap.

*Untuk Menggulung, ambil sedikit inti dan diletakkan diatas lapisan ketayap. 
Kemudian gulung seperti gulung kuih ketayap biasa.

SELAMAT MENCUBA!


Comments

Popular Posts