Tuesday, January 24, 2012

Resepi 3: Cheezy Garlic Bread


Assalamualaikum WBT

Hari ini tetibe nak makan masakan barat
untuk minum petang.
Sebenarnya malas nak buat resepi yang susah2.
Jadi, carilah resepi yang mudah.

Cari punya cari, jumpe 1 resepi ni.
Sebenarnya, saya takdelah suke sangat garlic bread ni.
Cuma saja nak mencuba.

Sekali dah cuba,
terus jatuh cinta!
hahahaha!

Ape2 pun, saya nak berkongsi
resepi ni dengan anda semua.


Haaa, mcmne? 
ade teringin nak buat tak? hihi

oklah disini BAHAN BAHAN nye.

4 ulas bawang putih
4 batang Parsley
5 sudu makan minyak masak (seboleh2 nya olive oil) 
sedikit serbuk lada hitam
sedikit oregano (guna italian herbs yg laen pon takpe)
keju mozerella secukupnya
Roti (kalau guna roti stik dalam 6 keping, kalau roti potong2 dalam 4 keping)

CARA CARA membuatnya

1. masukkan bawang putih, parsley dan minyak kedalam pengisar.
Kisar sehingga halus.
2. Sapukan bahan-bahan itu keatas roti.
3. Panaskan oven 180 degree celcius.
4. setelah disapu dgn bahan2 tadi, bungkus roti dengan aluminium foil 
dan bakar kedalam oven selama 10 minit.
5. selepas itu, keluarkan dari oven dan taburkan cheese, serbuk lada hitam dan
oregano keatas roti.
6. biarkan terbuka roti tersebut dan bakar kedalam oven dengan suhu yang sama
selama 7-10 minit. Bergantung kepada oven anda.
7. Biarkan sejuk seketika, dan siap dihidang!

Memang mudah dan ringkas, cubalahh! ^^


2 comments:

alwanizolkifli said...

Sedapnyaaa nihhh :p **drooling**

Bukan Masterchef said...

Tulah.. garlic bread mmg sedappp! :)