Monday, January 23, 2012

Resepi 1: Chocolate Coffee Brownies Cake

Assalamualaikum WBT

Ini hari pertama aku berblogging kat dalam blog
DYNAMIC of KITCHEN

so, as the 1st recipe,
aku nak kongsi 1 resepi yang aku buat tempoh hari.
cake ni sangat sedap due to the comments yang diberi
oleh menber2 aku.

jadi, sesape yang tersinggah blog aku ni,
boleh la cuba resepi ni.
(sape yang minat masak2 lah -.-)

ni dia keknye: 
Taaraaa~


Bahan-bahan:
  • 140g butter 
  • 160g coklat (dicairkan)
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • secubit garam 
  • 1sudu besar serbuk koko
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar air suam dicampurkan dengan 3 sudu teh kopi segera
  • 3 sudu besar susu segar
  • 2/3 cawan tepung
  • serbuk almond (optional)

Cara-cara:
  1. Panaskan oven 160 darjah celcius.
  2. didalam mangkuk besar, masukkan butter dan gula. putar sehingga sebati dan kembang.
  3. Masukkan esen vanilla dan air kopi. kacau sehingga sebati. kemudian, masukkan telur satu demi satu. kacau sebati.
  4. masukkan coklat yg telah dicairkan kedalam adunan. kacau sebati. kemudian, masukkan serbuk koko. kacau sebati.
  5. masukkan tepung sedikit demi sedikit. kacau sehingga sebati. masukkan pula susu segar dan garam. kacau sebati.
  6. masukkan dalam loyang dan ratakan. (Saya taburkan serbuk almond diatas adunan. Kalau tak letak pon tak apa.) Masukkan didalam oven selama 20 hingga 25 minit. Bergantung pada oven.
  7. setelah masak, biarkan beberapa minit didalam oven. bila sudah sejuk, boleh dipotong! :)

Cubalahh!

2 comments:

shinobu_teruko said...

pinjam resipi, nk bwk g hanami, hihi, arigatou ^^

iskandarNOTmasterchef said...

ambil ja. hahaha