Sunday, May 18, 2014

Resepi 320 : Peanut Butter Banana Galette

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ade buat dessert ni.
Saje je buat sebab dah lama jugak tak treat manisan
untuk diri sendiri.
Sebab sibuk siapkan tempahan kek kan.
Tengok2 kat dapur ada lebihan peanut butter spread,
terus nak buat menu ni.


Bila cari kat google,
terjumpa pulak blog sini
Tapi, ABM tak ikut 100% lah.
Cuma ikut resepi untuk filling dy je.
Untuk resepi crust,
ABM guna resepi simple pie crust je.
Okey, sesape yang nak try,
boleh jenguk resepi kat bawah k.


BAHAN BAHAN

Crust
Resepi <disini>

Filling
4 biji pisang - dipotong serong
1/4 cawan peanut butter spread
1/4 cawan maple syrup
1 sudu kecil esen vanila
secubit garam

sedikit butter yang dicairkan - untuk sapuan
sedikit gula perang - untuk ditabur
ais krim vanilla untuk dimakan bersama


CARA CARA
1. Sediakan crust untuk galette. Kemudian, canai doh selebar yang boleh. Ketepikan seketika.
2.Didalam mangkuk, satukan peanut butter, maple syrup, esen vanila dan garam. Gaul rata.
3. Letakkan di bahagian tengah crust dan ratakan. Tinggalkan ruang 2 inci di bahagian tepi doh tersebut supaya mudah untuk dilipat.
4. Susun pisang diatas sapuan peanut butter tadi. Lipat bahagian tepi doh tadi dengan kemas. Sapu butter yang dicairkan dibahagian tepi doh tadi. Kemudian, taburkan gula diatasnya.
5. Bakar didalam oven 180c selama 40-45minit atau sehingga galette keperangan.
6. Sejukkan seketika dan hidang bersama ais krim vanilla.

ENJOY!

2 comments:

Cheq Sue said...

Yummy... di saat dok jauh dari dapur sendiri ni la rasa nk buat mcm2.... huuuu

Honey said...

Salam Alif,

Tolongggg lah! Tolong lah jangan post makanan sedap sangat. Kalau nak post tolong courier sikit ke Mesia ni tau.